Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Perempuan Dan Lelaki Jahat Ialah Yang Tak Reti Jaga Mulut” Ammar Alfian Tampil ‘Sekolahkan’ Netizen

Pelakon bertubuh sasa, Ammar Alfian yang sebelum ini dihimpit kontroversi mengenai isu penceraian rumah tangganya bersama bekas isteri, Nelissa Nezam tampil memberi nasihat ‘pedas’ buat netizen yang gemar menjadi batu api di media sosial.

Menganggap sesetengah pengguna media sosial yang sering menggunakan kata-kata kesat sebagai pengecut kerana tidak berani bersemuka kerana sering menggunakan akaun palsu, Ammar turut berpesan kepada mereka di luar sana agar berdiam diri jika tiada benda baik untuk dikatakan.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian)

Memuat naik pesanan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya, Ammar sebelum ini pernah dikritik hebat gara-gara kes rumah tangganya. Malah, dia turut dikecam apabila mendedahkan kisah penghijrahan selebriti terkenal Neelofa untuk berniqab telah mempengaruhi kehidupannya untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Pelakon filem Paskal ini dilihat telah membuang kesemua gambarnya yang tidak berbaju di ruang media sosial miliknya.

Dia dalam pada itu, dia turut menganggap bahawa pengguna media sosial kini lebih suka mengambil tahu mengenai perihal orang lain berbanding masalah diri sendiri.

“Media sosial buatkan orang lebih ambil berat tentang kehidupan orang lain berbanding menjaga masalah mereka sendiri. Anda semua sepatutnya kuatkan lagi hubungan dengan Allah berbanding menaip dengan kencang dan menyakitkan hati orang lain di media sosial. Perempuan dan lelaki jahat ialah yang tak reti jaga mulut. Ramai nak kena cili mulut tu,”

View this post on Instagram

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian)

Mengimbas kembali, pada bulan Oktober lalu Ammar dan bekas isteri, Nelissa telah bercerai secara tebus talak hanya selepass empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu mereka berdua telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
Puasa Barakah Bersama