“Perempuan Bukan Mainan” – Komen Seakan-Akan Beri ‘Amaran’, Apa Maksud Pesanan Afiq Muiz Buat Da’i Syed?

Hiburan

“Perempuan Bukan Mainan” – Komen Seakan-Akan Beri ‘Amaran’, Apa Maksud Pesanan Afiq Muiz Buat Da’i Syed?

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sah bertunang dengan pengacara stesen TV Al Hijrah iaitu Hana Ismail.

Berita gembira itu dikongsikan oleh pelakon, Datin Seri Umie Aida menerusi laman Instagram miliknya.

Advertisement

Dalam pada itu, Umie pada bahagian kapsyen sempat menitipkan kata-kata nasihat buat kedua pasangan serta mendoakan yang terbaik untuk Syed dan Hana.

Kunci kebahagian sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka. Jaga amanah ini sebaiknya (Da’i Syed, Hana). Semoga adikku berdua dalam lindungan-Nya dan rahmat-Nya Allah SWT.”

Tinjauan ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat turut mengucapkan tahniah dan menumpang gembira atas khabar berita yang disampaikan.

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah komen pelakon, Afiq Muiz yang seakan-akan memberi ‘amaran’ kepada Da’i Syed tentang menjaga perasaan wanita.

Sekadar info, Da’i Syed sebelum ini pernah didakwa terlibat atas dua pertuduhan membabitkan jenayah seksual yang memperuntukkan 30 tahun penjara namun pengadu telah menarik balik laporan yang dibuat ke atas pendakwah selebriti itu.

syed
3 years ago

(VIDEO) "Syukur Saya Bebas" - Da'i Syed Dilepaskan 2 Tuduhan Mencabul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...