“Perempuan Bila Bekerjaya, Dah Banyak Duit, Dia Berlagak” – Ramai Setuju Kenyataan Rosyam Nor Tentang Wanita Bekerja

Hiburan

“Perempuan Bila Bekerjaya, Dah Banyak Duit, Dia Berlagak” – Ramai Setuju Kenyataan Rosyam Nor Tentang Wanita Bekerja

Menerusi podcast Hitam Putih yang dimuat naik di TikTok, pelakon dan penerbit terkenal Datuk Rosyam Nor memberikan pendapatnya apabila ditanya mengapa perempuan tidak boleh bekerja.

Video itu dimuat naik pada Ogos lalu namun kembali tular di platform TikTok dan mendapat perhatian ramai warganet di laman sosial berkenaan.

Advertisement

Kata Rosyam, kebanyakan perempuan yang sudah mempunyai kerjaya hebat dan duit yang baik akan muka memiliki sifat angkuh.

Malah katanya, isteri yang sebegitu pula akan mula meninggikan suara, mengadu penat dan mengeluh untuk membuat kerja di rumah.

Perempuan ni bila dah bekerjaya, dah ada duit banyak dia berlagak. Walaupun dia isteri. Perempuan ni bila dah ada duit dia ego.

Kenyataan Rosyam ditepis oleh Datin Seri Adzliana daripada Usanita yang berkata dalam perkahwinan perlulah ada give and take dalam menguruskan hal rumah.

Adzliana bagaimanapun bersetuju bahawa terdapat perempuan berperangai seperti apa yang dikatakan Rosyam itu.

@suhanmovies SEBAB perempuan TAK BOLEH kerja EP 12 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN] – PART 1 Jangan lupa saksikan podcast HITAM PUTIH KEHIDUPAN. Macam-macam topik borak santai bersama @iamrosyam dan Datin Seri Adzliana @Usanita.hq di platform Youtube Suhan Channel dan Usanita. #hitamputih #podcasthitamputih #hitamputihkehidupan #suhanchannel #suhanmovies #usanita #perempuan #kerja #fyp #viral #trending ? original sound – suhanmovies

Menerusi ruangan komen, ramai kaum Hawa dilihat bersetuju dengan pendapat Rosyam tentang sikap berlagak wanita apabila sudah berduit.

Sesetengah daripada mereka menyatakan sokongan terhadap apa yang dikatakan oleh Adzliana tentang wanita yang hidup  di zaman moden ini.

kahwin
9 months ago

"Baru 4 Hari Kahwin, Bini Tak Pandai Masak" - Minta Pendapat Hal Rumah Tangga, Lelaki Diperli Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...