Sebelum ini, pelakon Nelydia Senrose dikecam selepas ‘teaser’ drama terbarunya berjudul Seindah Hujan Cinta tular di TikTok, di mana ia memaparkan babak aktres itu memeluk dan menyentuh aktor, Yusuh Bahrin.
Nelydia Senrose peluk tangan Hariz
Terbaru, pelakon lelaki, Hariz Hamdan ada memuat naik video memaparkan dirinya menaiki ‘cable car’ bersama Nelydia Senrose, Ezzanie Jasny serta kru produksi yang lain.
Dapat dilihat, Nelydia kelihatan takut apabila menaiki ‘cable car’ tersebut akibat gayat dan tindakannya memeluk tangan Hariz telah menarik perhatian ramai.
Teruk dikecam, mengada nak peluk tangan lelaki
Netizen kebanyakannya mengecam tindakan aktres terbabit dan ada yang mengatakan dia boleh saja memeluk tangan wanita yang disebelah kanan tetapi lebih memilih untuk memeluk tangan aktor itu yang berada di sebelah kiri.
Sedar video tersebut raih perhatian ramai, Hariz tampil membuat penjelasan bahawa dia hanya membantu Nelydia yang ketika itu berasa gayat serta menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar adik dan kakak, malah situasi itu berlaku secara spontan.