Kenyataan seorang pereka stail, Zaihani Mohd Zain mengenai orang gemuk melukakan ramai pihak. Zaihani, yang dikenali dalam arena fesyen baru-baru ini telah menulis satu status di Facebook membidas individu berbadan besar yang duduk di sebelahnya dalam satu pertunjukan fesyen.
Status itu menyebabkan Zaihani menerima kritikan hebat Netizen yang mendakwa pereka itu seorang yang mengecewakan memandangkan dia dikenali ramai, tidak sensitif membuat kenyataan berunsur menyerang dan memalukan bentuk fizikal seseorang.
Salah seorang yang meluahkan rasa mengenai kenyataan Zaihani ialah pelakon bersaiz besar, Syanie Hisham. Syanie telah menulis di Instagram:
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Apa yang menarik, kenyataan Zaihani bukan saja dibidas oleh selebriti dan Netizen, malah pereka fesyen seperti Tom Abang Saufi dan Adila Long.
Malah, seorang wanita juga meluahkan bahawa dia kehilangan kerja di sebuah stesen televisyen swasta kerana sikap Zaihani:
Untuk seorang yang dikenali, Zaihani sepatutnya lebih berhati-hati dengan apa yang ditulis di media sosial. Namun begitu, mungkin juga Zaihani hanya memaparkan sisi dirinya yang sebenar–dan dirinya yang sebenar bukanlah seseorang yang menyenangkan.
Tapi hendak juga jadi diri sendiri, kenalah juga menanggung akibat dari perbuatan sendiri, ya tak? Buat masa ini Zaihani belum memberi reaksi terhadap kecaman hebat yang diterima, dan kesemua akaun media sosialnya berada dalam mod privasi. – beautifulnara.com

Anonymous
April 19, 2018 at 9:32 am
seumur hidup x penah bg komen.. tapi nk bgi lh kali ini….**YOU JUDGE SOMEONE ELSE AND I LOOK AT YOU AND I LAUGH…..
kucing bawang
April 19, 2018 at 8:13 am
biar rupa buruk asal perangai elok tp yg ni rupa dgn perangai sama2 x elok… camno tu???
anonymous
April 19, 2018 at 12:32 am
barua tua ni spesis geng dia jugak ponen tua si rizal tu memang menyampah aku tgok layak kena ludah je barua ni sombong pandng rendah kat org pulak tu helo kau ingat kau citer devil wear prada ke atau anna wintour kau pergi us fashion for sure hujung mata pon diaorang tak pandang kau la wei kau nothing dan orng tak kenal punnn
Noname
April 19, 2018 at 12:10 am
Dlm bnyak2 komen…cerita dia letak kaki atas kerusi x bagi customer lain ambil mmgg power..bole pula kau..org gemuk berhimpit kiri kanan kau marah..
Yg Slim
April 18, 2018 at 11:19 pm
Jgn la sentap sgt, semua komen nak sentap ni kenapa. Itu pandangan dia, ke yg komen2 ni berat lebih 60kg.