Kenyataan seorang pereka stail, Zaihani Mohd Zain mengenai orang gemuk melukakan ramai pihak. Zaihani, yang dikenali dalam arena fesyen baru-baru ini telah menulis satu status di Facebook membidas individu berbadan besar yang duduk di sebelahnya dalam satu pertunjukan fesyen.
Status itu menyebabkan Zaihani menerima kritikan hebat Netizen yang mendakwa pereka itu seorang yang mengecewakan memandangkan dia dikenali ramai, tidak sensitif membuat kenyataan berunsur menyerang dan memalukan bentuk fizikal seseorang.
Salah seorang yang meluahkan rasa mengenai kenyataan Zaihani ialah pelakon bersaiz besar, Syanie Hisham. Syanie telah menulis di Instagram:
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Apa yang menarik, kenyataan Zaihani bukan saja dibidas oleh selebriti dan Netizen, malah pereka fesyen seperti Tom Abang Saufi dan Adila Long.
Malah, seorang wanita juga meluahkan bahawa dia kehilangan kerja di sebuah stesen televisyen swasta kerana sikap Zaihani:
Untuk seorang yang dikenali, Zaihani sepatutnya lebih berhati-hati dengan apa yang ditulis di media sosial. Namun begitu, mungkin juga Zaihani hanya memaparkan sisi dirinya yang sebenar–dan dirinya yang sebenar bukanlah seseorang yang menyenangkan.
Tapi hendak juga jadi diri sendiri, kenalah juga menanggung akibat dari perbuatan sendiri, ya tak? Buat masa ini Zaihani belum memberi reaksi terhadap kecaman hebat yang diterima, dan kesemua akaun media sosialnya berada dalam mod privasi. – beautifulnara.com