Pereka Jubah Pahlawan Didakwa Di Mahkamah Kerana Menipu, Mangsa Kerugian RM84,000

Trending

Pereka Jubah Pahlawan Didakwa Di Mahkamah Kerana Menipu, Mangsa Kerugian RM84,000

Seorang pereka koleksi Jubah Pahlawan, Ahmad Syubaili Aziz, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memperdayakan dua jururawat hospital berhubung perniagaan nasi lemak membabitkan kerugian RM84,000.

Advertisement

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman.

Ahmad Syubaili didakwa memperdayakan seorang wanita berusia 24 tahun dalam urusan sebagai rakan kongsi perniagaan sehingga mendorong mangsa memberikan wang tunai RM50,000 kepadanya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Bank Rakyat Jalan Ipoh, di sini awal tahun 2015.

Tertuduh juga didakwa memperdayakan seorang lagi wanita berusia 24 tahun dengan menawarkan perniagaan nasi lemak sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang tunai RM34,000.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Bank Rakyat Dataran Taman Shamelin, Cheras, di sini pada 2 petang, 29 Mei 2015.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Ahmad Syubaili didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norelynna Hanim Abd Halim manakala tertuduh diwakili peguam P Sutheswary.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali sebulan.

Mahkamah juga menetapkan 30 November ini untuk sebutan semula.

Sebelum ini terdapat satu page bernama Scammer Malaya telah pun membongkarkan penipuan pereka jubah pahlawan ini terlebih dahulu hingga akhirnya berjaya menyeret Ahmad Syubaili ke mahkamah atas perbuatan menipu.

Hasil carian kami juga mendapati bahawa sebenarnya Ahmad Syubaili adalah peserta HotSeat program IMKK anjuran Azizan Osman pada bulan Mac tahun 2016.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...