Pereka Fesyen Tidak Perlu Merasa Tercabar Dengan Kehadiran Kami – Nora Danish

Hiburan

Pereka Fesyen Tidak Perlu Merasa Tercabar Dengan Kehadiran Kami – Nora Danish

Sekitar minggu lepas, seorang pereka fesyen terkenal tanah air, Ezuwan Ismail mengakui kemunculan artis dengan jenama pakaian mereka sendiri sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasi  beliau  serta pereka fesyen lain. Ia juga  memberikan persaingan yang agak sengit apatah lagi mereka sebelum ini banyak menggunakan khidmat selebriti tanah air untuk mempromosikan rekaan mereka.

Advertisement

Malah, pereka fesyen kini harus bersengkang mata dan memikirkan sesuatu yang diluar kotak agar pengguna dapat membezakan produk keluaran artis dan rekaan eksklusif oleh pereka fesyen.

Memberikan pandangan terhadap perkara berkenaan, Nora Danish yang kini sedang menghasilkan baju kurung moden beliau sendiri berpendapat tidak salah untuk artis dan pereka fesyen bersaing secara sihat dan sebenarnya ia juga terpulang kepada rezeki masing-masing.

Saya memahami luahan pereka fesyen yang barang kali tersalah faham hingga menganggap kehadiran selebriti mengeluarkan koleksi sendiri mengganggu pasaran. Memang kami tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang ini namun minat selain pengalaman serta cita rasa membuatkan ramai menunggu koleksi kami.

Zaman sudah berubah, kami juga mahu mencuri peluang menceburi bidang perniagaan. Pucuk pangkalnya ini adalah rezeki masing-masing.

Tambah Nora, pereka fesyen masih lagi mempunyai kualitinya tersendiri dan mereka seharusnya tidak rasa tercabar dengan kehadiran selebriti yang baru sahaja ingin berjinak dalam industri perniagaan dan fesyen.

Rasanya tidak perlu membandingkan rekaan mereka dengan koleksi kami. Sebagai pereka fesyen, saya rasa mereka tidak perlu merasa tercabar dengan kehadiran kami kerana mereka bersandarkan banyak kelebihan dibandingkan orang baharu seperti saya.

Kali ini kami setuju dengan kenyataan Nora Danish, sebenarnya masih ada lagi mereka yang mahu memakai rekaan eksklusif daripada pereka fesyen dan bukan calang-calang orang yang membeli pakaian mereka. Mungkin ramai yang memilih baju rekaan artis kerana kebanyakkannya boleh dikatakan dijual pada harga mampu milik. Tidak salah pun kalau bersaing secara sihat bukan? Anggap sebagai cabaran untuk hasilkan sesuatu yang lebih unik.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...