Pereka Fesyen Ternama, Datuk Radzuan Radziwill Bantu Hasilkan PPE Untuk ‘Frontliners’

Trending

Pereka Fesyen Ternama, Datuk Radzuan Radziwill Bantu Hasilkan PPE Untuk ‘Frontliners’

Wabak COVID-19 sangat memberikan perubahan besar kepada kita semua, terutama pihak kesihatan Malaysia. Dalam bertarung nyawa mengendalikan pesakit COVID-19, umum mengetahui bahawa sebahagian daripada petugas barisan hadapan terpaksa menghasilkan sendiri Peralatan Pelindung Diri (PPE).

Baca: (Video) COVID-19: Petugas Kesihatan Di Malaysia DIY Beg Plastik Sebagai Ganti PPE

Advertisement

Oleh kerana masalah yang dihadapi, ianya turut dipandang serius oleh salah seorang pereka fesyen tempatan iaitu Datuk Radzuan Radziwill. Beliau telah mengambil keputusan menggunakan bakat yang ada untuk membantu ‘frontliner’ dalam menghasilkan PPE.

Jom sama2 kita membantu pulak..kerajaan dh bantu kita, kita tlg depa balik ,, sapa stuju angkat tangan,,hahaha.

Datuk Radzuan Radziwill sedang menjahit PPE

Untuk pengetahuan anda, Datuk Radzuan Radziwill merupakan pereka fesyen yang telah banyak menghasilkan rekaan bertaraf lima bintang dan merupakan pereka pilihan kerabat di Raja, VVIP dan golongan elit.

Nama yang tidak asing lagi bagi pengikut dunia fesyen ini telah menerima darjah kebesaran bergelar datuk yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena Sambutan Hari Wilayah pada tahun 2011.

 Sama2 lah kita beramal di rumah membantu frontliner for covid19.

DATUK RADZUAN RADZIWILL

Menurut posting yang dibuat di laman Facebooknya, beliau mendapat maklumat mengenai ukuran, jenis kain dan maklumat pembekal melalui salah seorang rakannya yang merupakan seorang doktor yang bertugas di Hospital Serdang.

Bahan yang digunakan untuk membuat set PPE ini menggunakan material non-woven.

Proses menjahit PPE

Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh memerlukan 400 helai PPE setiap hari.

Turut dijelaskan disini, beliau mampu menyiapkan sebanyak 50 pasang jubah luar PPE setiap hari sejak beliau memulakan projek itu sejak mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Lebih 200 pasang sudah disiapkan saat ini dan beliau mahu menghasilkan 1,000 atau 2,000 pasang jubah luar, topi dan tudung untuk diberikan kepada petugas yang memerlukan.

Terima kasih kerana sudi membantu.

Baca: COVID-19: Banduan Penjara Penor Bantu Frontliner Jahit PPE

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...