Pereka Fesyen Terkenal Kate Spade Ditemui Mati Tergantung

Trending

Pereka Fesyen Terkenal Kate Spade Ditemui Mati Tergantung

Sebut sahaja Kate Spade, kami pasti seluruh dunia pasti mengenali jenama terkenal ini. Malah, beg tangan beliau menjadi idaman setiap wanita dan mempunyai peminatnya tersendiri juga di Malaysia.

Advertisement

Terbaru, dunia fesyen dikejutkan dengan berita kematian Kate Spade yang tidak dijangka, beliau ditemui mati tergantung di kediamannya yang terletak di Park Avenue, New York sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Kate yang berusia 55 tahun dikatakan ada meninggalkan sekeping nota  buat suami dan anak perempuannya sebelum bertindak untuk mengambil nyawanya sendiri. Bagaimanapun, pihak polis enggan mendedahkan kandungan nota tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu kejadian yang tragis.

Kakak Kate memaklumkan adiknya itu sebenarnya mengalami masalah tekanan perasaan serta mental sejak empat tahun lalu dan terpaksa bergantung kepada alkohol semata-mata kerana ingin menenangkan dirinya.


Jenama Kate Spade mempunyai lebih 170 outlet di seluruh dunia, antara barangan rekaan yang menjadi kegilaan ramai tentu sekali beg tangan, kasut serta beberapa aksesori lain. Walaupun, Kate sudah tiada lagi, namun karya-karyanya akan menjadi kenangan berharga buat peminatnya.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...