Pereka Fesyen Rizalman Ibrahim Luncur Operasi Surau Ar-Rijal Di Butterworth

Hiburan

Pereka Fesyen Rizalman Ibrahim Luncur Operasi Surau Ar-Rijal Di Butterworth

Pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim, 55, menzahirkan rasa syukur apabila surau yang dibina hasil sumbangan orang ramai menerusi Yayasan Rizalman Ibrahim akhirnya mula beroperasi di Taman Jaya, Sungai Dua, Butterworth.

Surau yang diberi nama Surau Ar-Rijal itu menelan kos kira-kira RM1.5 juta dan telah dirasmikan semalam selepas solat Isyak bersama para jemaah yang hadir.

Advertisement

Rizalman ibrahim

Menurut Rizalman, pembinaan surau berkenaan membawa makna besar buat dirinya kerana tidak pernah terlintas akan terlibat secara langsung dalam usaha membina rumah ibadah untuk komuniti setempat.

“Saya sendiri tidak pernah terfikir akan terbabit dalam pembinaan rumah Allah di kawasan ini. Namun Allah permudahkan segala urusan dan saya sangat bersyukur. Saya sungguh terharu dengan komitmen para penyumbang yang memungkinkan projek ini disempurnakan dalam tempoh setahun,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, projek itu dilaksanakan sepenuhnya melalui dana orang ramai dan sumbangan persendirian, sesuatu yang jarang berlaku namun berjaya direalisasikan dengan lancar.

“Jarang ada projek yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai dapat berjalan sebaik ini. Ini semua nikmat Allah yang sangat luar biasa,” ujarnya.

Menurut Rizalman, tapak surau tersebut asalnya hanyalah kawasan kosong sebelum dibangunkan menjadi pusat ibadah yang kini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat. Pembinaan itu juga, katanya, menjadi bukti keupayaan yayasan berkenaan menguruskan dana awam secara amanah dan telus.

“Nilai paling utama surau ini bukan pada estetik semata-mata, tetapi peranannya sebagai tempat menyatukan masyarakat melalui ibadah. Membina masjid atau surau adalah amalan jariah yang pahalanya berpanjangan,” katanya.

Dalam masa sama, Rizalman merakamkan penghargaan kepada semua penderma, sukarelawan serta penduduk setempat yang terlibat menjayakan pembinaan surau tersebut. Surau Ar-Rijal kini dibuka sepenuhnya kepada masyarakat setempat bagi pelaksanaan ibadah serta penganjuran program komuniti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-06 12:22:46

Disaran Pakai IC Untuk Elakkan 'Scalper' Rembayung, Jawapan Khairulaming Buat Ramai Terfikir - "Tak Semua Tahu.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...