Sebelum ini, tular mengenai kisah pereka fesyen yang dibelasah seorang jurugambar di sebuah acara gara-gara isu peribadi berkaitan hutang.
Pereka fesyen berkenaan, Razman Razmi yang mengalami kecederaan di bahagian muka memaklumkan mereka berkeras menolak sebarang cadangan menarik laporan polis sera menyelesaikan kes di luar mahkamah terhadap jurugambar tersebut.
Kata Razman dan Razmi, tindakan individu itu telah menjejaskan reputasi serta nama baik yang dibina lebih 20 tahun dalam industri fesyen tempatan.
Jangan nak suruh orang kau sana-sini wakilkan minta pihak kami tarik kes dan selesai luar mahkamah. Kau dah buat kami malu satu Malaysia, sakit, trauma, kecacatan fizikal dan (tanggung) kos perubatan.
Jejaskan nama baik kami selama 25 tahun dalam perniagaan. Pandai pula telefon rakan artis, kawan kakak kau. Sudah buat kau tanggung.
Dalam pada itu, ujar kedua-dua pereka fesyen itu lagi, mereka hanya mempertimbangkan untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah jika individu itu memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi sebanyak RM500,000.
Kalau nak sangat, bayar kami berdua RM500,000 untuk semua yang kami lalui dan buat PC (sidang media) minta maaf satu Malaysia. Itu pun kalau kau ada duit.
Ingat senang kami nak hadap? Pandai pula nak selesai luar mahkamah dan minta maaf macam itu sahaja. Kau rasa apa kami rasa. Kau tak fikir pun sebelum buat.
Razman Razmin juga menegaskan bahawa mereka akan meneruskan tindakan undang-undang bagi mempertahankan nama mereka yang sudah terjejas gara-gara insiden itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.