Pereka Fesyen Legenda, Karl Lagerfeld Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun

Trending

Pereka Fesyen Legenda, Karl Lagerfeld Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun

Pemergian legenda fesyen, Karl Lagerfeld membawa kedukaan kepada seluruh peminat fesyen termasuk artis-artis terkenal dunia.

fesyen

Advertisement

Siapa yang tidak kenal akan pereka ikonik Chanel, Fendi dan Karl Lagerfeld ini. Beliau sudah berkecimpung dalam dunia fesyen selama lebih 70 tahun dan masih aktif menghasilkan rekaan hebat walaupun sudah mencecah usia 80an.

Rekaan Lagerfeld sering mempengaruhi trend rekaan pereka lain dan memberikan impak luar biasa pada industri fesyen.

Lagerfeld bermula sebagai pembantu Pierre Balmain selepas memenangi anugerah International Woolmark 1954. Pada tahun 1965, beliau mula membuat kerja freelancing untuk jenama mewah lain seperti Chloe dan Fendi.

fesyen

Fendi dan Chanel adalah jenama paling lama mendapat sentuhan Lagerfeld kerana beliau berkhidmat sebagai pengarah kreatif untuk dua jenama ini sehingga ke akhir hayatnya.

Pemergian Lagerfeld juga memberi kesan kepada beberapa selebriti popular dunia. Masing-masing meluahkan rasa sedih dan penghargaan terhadap Lagerfeld di media sosial.

Antaranya ialah Kim Kardashian yang mengakui gugup saat pertama kali bertemu Lagerfeld ketika menjalani sesi fotografi di mana ikon fesyen tersebut menjadi jurugambarnya.

fesyen

Manakala supermodel Noami Campbell mengatakan terlalu banyak memori bersama Lagerfeld untuk dicatatkan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada mendiang kerana memberi peluang pada dirinya seorang gadis berusia 16 tahun dari selatan London untuk menjadi model pada ketika itu.

fesyen

Kematian Lagerfeld meninggalkan satu posisi pereka yang sukar untuk diganti di Chanel. Buat masa ini, orang kanan Lagerfeld, Virginie Viard akan menggalas tugas yang ditinggalkan Lagerfeld.

Sumber Berita: The Vocket / Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...