December 24th, 2018

Menghitung hari untuk bergelar isteri, debaran menjelang perkahwinan pelakon Elfira Loy dan pasangannya, Faris K Anuar semakin terasa.

Bertanggungjawab untuk memastikan Elfira tampil anggun dan cantik pada majlis seharinya, pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini ada memuat naik foto salah satu busana perkahwinan pelakon wanita itu.

Betul, itu adalah El (Elfira). Saya dah tahu tarikh perkahwinan mereka, tapi tak boleh kongsikan lagi. Apa boleh dikatakan, ia bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini. Jadi kita doakan yang baik-baik untuk mereka. Jenama Rizman Ruzaini sudah bekerjasama dengan El hampir 10 tahun. Dia antara selebriti yang kami tunggu-tunggu nak buatkan baju kahwin.

Alhamdulillah, apabila tiba waktunya dia pilih kami. Insya Allah, kami akan menyediakan beberapa persalinan untuk majlis perkahwinan mereka nanti. Sejujurnya, kami berasa teruja. Macam untuk majlis El ini, ia memang istimewa. Lagi satu, El jenis yang tak kedekut. Setiap baju yang ditempah dengan kami dia bayar dan tak pernah minta penajaan.

Sentuhan Rizman Ruzaini tidak dinafikan sangat cantik dan begitu eksklusif, pastinya akan menyerlahkan lagi seri pengantin. Tahniah kami ucapkan kepada Elfira yang sedikit sahaja lagi bakal menamatkan zaman bujangnya, semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro


11 responses to “Pereka Fesyen Kongsi Foto Busana Perkahwinan Elfira Loy”

  1. bawang says:

    mmg lah tak perlu penaja
    dah tentu semua anak dato tu bayr
    tu yg mak nya nak
    kalau dgn pian ..tak dpt sediakan itu
    dah lah hantaran byk
    lagi nak sponser majlis rumah dia lagi
    ehhh ehhhh …

  2. faraj says:

    Mesti tak lama ..!!! paling lama pun tahun 2020….tk caya tunggu jer lahhhhh kikikiki

  3. Anonymous says:

    mcmlah ko megan markle..nk bgi tahu semua tu

  4. Anonymous says:

    tak lawa..pudar je. Takut nnti pudar rmhtangga

  5. Anonymous says:

    ehmm..mmglh di tempah dn byr..sapa yg byr..kihkihkihkih

Loading...