Pereka Fesyen Kenzo Meninggal Dunia Disebabkan Komplikasi COVID-19

COVID-19

Pereka Fesyen Kenzo Meninggal Dunia Disebabkan Komplikasi COVID-19

Pereka fesyen tersohor dunia, Kenzo Takada yang juga pengasas jenama terkeneal Kenzo dan K-3 disahkan meninggal dunia semalam.

Menurut laporan Gempak, punca kematian pereka fesyen yang berusia 81 tahun itu disebabkan oleh komplikasi yang dihidapi selepas disahkan positif COVID-19.

Advertisement

 Pereka fesyen kenzo meninggal dunia

“Dukacita dimaklumkan, Kenzo Takada telah meninggal dunia pada usia 81 tahun selepas mengalami komplikasi dari jangkitan COVID-19. Takada menghembuskan nafas terakhir di American Hospital, Neuilly-sur-Seine, Perancis,” katanya.

Terdahulu, Takada difahamkan mula membina nama pada tahun 1970 di Paris dan menampilkan rekaan berani yang diinspirasikan dari kembaranya di seluruh dunia.

Biarpun dihimpit berita pilu ini, jenama Kenzo juga difahamkan tetap gah di persada fesyen antarabangsa sejak dimiliki oleh syarikat fesyen mewah Perancis, LVMH pada tahun 1993.

Kenzo meninggal dunia covid19

Untuk rekod, pada awal Januari tahun ini, Takada tampil mengasaskan jenama K-3 yang menampilkan rekaan barangan hiasan dalaman rumah. Jenama K-3 menggabungkan rekaan yang diinspirasikan dari pengaruh barat dan unsur dari negara Jepun.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...