Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pereka Fesyen Hutang RM 10 Ribu Masih Diam Diri Dan Tidak Peduli- Fadzil Zahari

Sudah ingin cuba berbincang secara baik soal hutang seorang pereka fesyen dengan isterinya, Yana Samsudin berjumlah RM10,000, pelakon Fadzil Zahari beberapa hari lalu menerusi akaun Facebooknya terpaksa memuat naik status mengenai isu tersebut selepas individu terbabit sudah menyekat Fadzil untuk terus berhubung dengannya.

Advertisement

Meskipun perkara itu sudah diketahui ramai, pereka fesyen berkenaan masih lagi berdiam diri dan enggan melunaskan hutangnya itu sejak tiga tahun lalu.

Kalau dia mahu selesaikan secara baik, tentu dia sudah menghubungi atau WhatsApp saya. Sebulan sebelum ini, saya sudah meminta kakaknya menyampaikan pesanan kepada pereka berkenaan. Saya pesan, kalau masih tidak membalas (mesej) WhatsApp, saya akan tanya menerusi Facebook. Tetapi, ternyata mereka ini memang jenis selamba dan buat tak peduli saja.

Bagi saya perkara ini mudah, kalau dia mahu berbincang cara elok atau ada usaha untuk selesaikan hutang, saya sudah bagi masa sejak 30 Oktober sampai sekarang.

Fadzil mempunyai bukti yang kukuh termasuk surat yang ditandatangani oleh pereka fesyen itu yang berjanji akan menyelesaikan hutang dalam tempoh sebulan selepas meminjam. Beliau tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini kepada pihak berkuasa sekiranya pihak yang meminjam masih lagi berdegil.

Terdahulu, Fadzil secara sinis menyindir pereka fesyen itu dengan memuat naik foto  beliau mampu bercuti mewah  di luar negara dan mempunyai butik yang terkenal tetapi enggan melunaskan wang dipinjam.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 Comments

  1. bitchyfriend

    June 7, 2018 at 10:22 am

    ragam seorang kuat meminjam.

    katenye sohbat baik dr zaman skolah. pastu pinjam duit member buat deposit beli rumah. jadah. membe sendiri pon tgh kumpul duit nk beli rumah, dah knp deposit umah ko member yg bayarkan. membe tu xjumpe umah lagi so selame ni die simpan depo umah untuk umah ko la babi ek? babinyee awakk hahaha.

    da tu dala laki bini dedua keje gomen pangkat beso. tp duit pon xreti manage. xpaham btol. pm member nk pinjam rm500 katenye nk balik kampung. minggu dpnnye tgk rupenye g jalan2 naik gunung la pela. defakkk. member tu tgh xde duit. boleh bg rm300 je. die kate ok la 300 pon ok la. die tau x ketika itu member tu sbnrnye ade duit ke x. nak sara ko pegi gunung. cilake hanatttt.

  2. Hantu puasa bunga puasa

    June 6, 2018 at 9:28 pm

    Dulu pernah masuk masterchef musim pertama. Ntah mcm mana aku boleh igt, lol

  3. Anonymous

    June 6, 2018 at 8:41 pm

    PANJANG IKLAN BANNG

  4. Anonymous

    June 6, 2018 at 5:12 pm

    itu hutang berniaga…. ni yg hutang ptptn lagi teruk… dah duit tuh tuk tuntut ilmu… sampai masa byr lah.. tak mampu byr tuk dpt ilmu tp p overseas gah… tak berkat oiii cert kalo tak byr ptptn… 2×5

  5. damai

    June 6, 2018 at 5:04 pm

    standard pemuitang dah hutang nak bayar balik mcm2 alasan, nanti tiba2 kat fb or instagram upload photo pergi bercuti, beli itu ini, kalau bab hutang jgn halalkan walaupun satu cents, tapi mmg org itu btl2 susah, coba halalkan.

Loading...
To Top