June 6th, 2018

Sudah ingin cuba berbincang secara baik soal hutang seorang pereka fesyen dengan isterinya, Yana Samsudin berjumlah RM10,000, pelakon Fadzil Zahari beberapa hari lalu menerusi akaun Facebooknya terpaksa memuat naik status mengenai isu tersebut selepas individu terbabit sudah menyekat Fadzil untuk terus berhubung dengannya.

Meskipun perkara itu sudah diketahui ramai, pereka fesyen berkenaan masih lagi berdiam diri dan enggan melunaskan hutangnya itu sejak tiga tahun lalu.

Kalau dia mahu selesaikan secara baik, tentu dia sudah menghubungi atau WhatsApp saya. Sebulan sebelum ini, saya sudah meminta kakaknya menyampaikan pesanan kepada pereka berkenaan. Saya pesan, kalau masih tidak membalas (mesej) WhatsApp, saya akan tanya menerusi Facebook. Tetapi, ternyata mereka ini memang jenis selamba dan buat tak peduli saja.

Bagi saya perkara ini mudah, kalau dia mahu berbincang cara elok atau ada usaha untuk selesaikan hutang, saya sudah bagi masa sejak 30 Oktober sampai sekarang.

Fadzil mempunyai bukti yang kukuh termasuk surat yang ditandatangani oleh pereka fesyen itu yang berjanji akan menyelesaikan hutang dalam tempoh sebulan selepas meminjam. Beliau tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini kepada pihak berkuasa sekiranya pihak yang meminjam masih lagi berdegil.

Terdahulu, Fadzil secara sinis menyindir pereka fesyen itu dengan memuat naik foto  beliau mampu bercuti mewah  di luar negara dan mempunyai butik yang terkenal tetapi enggan melunaskan wang dipinjam.

Sumber Berita : BH ONLINE


29 responses to “Pereka Fesyen Hutang RM 10 Ribu Masih Diam Diri Dan Tidak Peduli- Fadzil Zahari”

  1. sahabat says:

    aku pun banyak hutang gak weh, tapi slowly bayar, hutang dengan orang tu nak tak nak walau dah lame,aku tebalkan muke weh pergi bayar. lepas tu lega.

    hutang PTPTN satu lagi. tak faham aku bile gov kate org gaji bawah 4K boleh tangguh, siap boleh bersorak lagi.. helloo tangguh la gile bukan mansuh. dan aku tak faham kenapa spesis mcm ni tak nak bayar. Gaji aku pun tak besar jugak tapi potong kwsp. kwsp aku akaun 2 tu tak pernah nya sempat beranak. tapi takpelah asal hutang setel. kalau nak tunggu gaji kau 4-5 riban baru nak bayar mmg payahla weh..

    ni satu lagi. kawan aku lari pergi oversea sbb hutang along.. mase nak pergi tu tak cukup duit, aku hulur la duit sbb kesian. kwan aku lagi sorang siap buat loan dengan bank nak tolong laki bini tu bayar ke along. adik beradik die haram nak keluar sekupang pun. pergi oversea kejela kutip buah, keje kilang ayam bagai.. pastu haram nak bayar balik duit aku weh.. duit kawan aku lagi sorang tu tak taulaa ape cite.. tgk update dekat IG lifestyle dah power dah, maklumlah duduk oversea. nasibla aku bijak sikit tak tolong buat loan sekali, tapi beberapa ratus tu pun duit oiiii. kita text die, die tak reply pun ..apooo la…

  2. manusia normal says:

    aku pon dah byk kali kena. tak kira kawan2, org luar mau pon famili. nak kata spesis tak solat, tak jugak.. tapi itu la manusia. yang mana aku buleh redha, redha je la.. tapi ada satu dua tu aku tak halal smpai mampuih… itu pon aku masih berkira2 nak maapkan sbb aku pon tak la sengkek sangat. kira tak kebulur la aku sebab utang diorang nak cecah 1k tu. tapi kat sini, aku nak bagi tarbiah sikit… TUHAN dh kata, sesiape yg ada usaha nk bayar utang, maka DIA bagi laluan utk permudahkan urusan mereka. tapi kalo ko tu spesis yang belom pape dh sebok bagi alasan komitmen itu la, ini la… mana nak ada jalannya. oh ye, ko penah dengar tak manusia normal yg sentiasa idup n x penah MATI? hmm.. sindri mau ingatla..
    tak takot ke roh TERGANTONG SEPI nanti… wallahua’lam

  3. Cikgu sengkek says:

    Alah..dah banyak kali terkena. Ni hutang tuisyen pun sampai sekarang tak bayar. Konon jutawan…duk umah juta2 tapi setakat 2 ribu lebih pun tak dapat2 lagi sampai la ni. Sedih bila fikir. Kat luar nampak islamik..buat jamuan makan tetiap hari jumaat gitu. Konon golongan wahhabi. Tapi bila mintak bayar..dia bagi blue tick je. Anak dah dapat A, buku pun simpan buat reta. Kot ye pun nak suruh ngajo ikhlas..aku datang jauh kot…duit tol..minyak..buku…Aku cuma doakan golongan ni biar susah sket nak mati esok2 sebab tak bayar hutang aku!

    • Cikgu Karat says:

      Hahaha..tulh byk mak bapak fikir cikgu ni byk duit..Kita ngajor mmg ikhlas tapi adakala rambut tercacak bilamana terjebak mcm kes kau cikgu sengkek..

Loading...