February 20th, 2020

Belum reda lagi rasa duka serta sedih terhadap pemergian pelawak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar,  telah muncul krisis dalam kalangan ahli keluarga arwah sehingga timbul pelbagai spekulasi.

ali puteh kakak ipar

Tindakan Ali Puteh yang memuat naik status penuh amarah dan berbaur hinaan kepada balu abangnya, Noor Hidayah nyata mengejutkan ramai. Tergamak untuk mengeluarkan perkataan kesat terhadap seorang wanita yang masih lagi rapuh jiwanya dan bersedih kehilangan suami tercinta.

ali puteh aliff syukri

Difahamkan, persengketaan itu berpunca dari soal harta. Menerusi Live di Facebook Datuk Seri Aliff Syukri, Noor Hidayah ketika ditemuramah memberitahu kereta yang sering digunakannya telah ditarik oleh ahli keluarga Abam dan segala harta peninggalan arwah suaminya itu diuruskan oleh mereka.

Haritu saya nak bawa anak saya pergi klinik kerana anak saya demam, saya minta kunci kereta tapi pihak sana tak bagi.

“Ada asbab Datuk Aliff Syukri buat live, kalau tak kita tak tahu keadaan balu arwah” – Netizen

ali puteh kakak ipar aliff syukri ali puteh aliff syukri ali puteh

Pendedahahan menerusi video tersebut menimbulkan tanda tanya ramai pihak yang beranggapan nasib isteri dan anak Allahyarham tidak terbela. Tidak sepatutnya mereka diperlakukan sebegitu rupa.

Netizen mahu Ali minta maaf pada kakak ipar

ali puteh kakak ipar ali puteh kakak ipar binatang

Rata-rata netizen berpendapat Ali tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan kesat terhadap kakak iparnya itu.

ali puteh kakak ipar

Kes pergaduhan antara keluarga disebabkan perebutan harta sering kita dengar menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi retak seribu. Harapnya isu Ali dan kakak iparnya tidaklah berpanjangan dan dapat diselesaikan secara baik.


40 responses to “Perebutan Harta Arwah Abam Jadi Perbualan Hangat, Ali Puteh Gelar Kakak Ipar “Binatang””

  1. Esha says:

    Sementara tgh settlekan pembahagian harta arwah abam, kereta arwah abam tak boleh bg bini die pakai dulu ke?

  2. Norezzan says:

    Jgn harta djadikn pbalahan dan ppecahan kga. Rujuk pd yg pakar kerana undang2 Islam cukup lgkap dan adil.

  3. Anonymous says:

    kepada balu abam..bersabar lah..kalau keluarga abam rasa diorg lebih berhak.. biarkan saje..Allah maha adil..

  4. Anonymous says:

    Abis tu sementara nk tunggu duit faraid tu….bg ler pakai kereta brg2 abam dulu….x keje kot….brg dapur nk kena beli bagai

  5. Anonymous says:

    Ali kene refer ke pej ugama utk pembahagian faraid…isteri berhak utk mendapat harta sepencarian walaupun isteri tidak berkerja..

Loading...