September 19th, 2016

Tidak boleh dinafikan jenama Samsung dan iPhone cukup popular di seluruh dunia. Namun jenama-jenama dari negara China terutamanya Huawei kini sedang dengan pantasnya mengejar kedua-dua gergasi telefon pintar ini, lebih-lebih lagi dengar pelancaran Huawei P9 yang memiliki dual kamera untuk kualiti gambar yang lebih awesome.

 photo 1_6.jpg

Seperti yang kita ketahui juga, setiap jenama telefon pintar mempunyai kipas susah mati (die hard fan) masing-masing. Agak-agaknya apa akan terjadi apabila kipas susah mati ini dikumpulkan di dalam satu bilik dan diminta untuk berbahas tentang kehebatan telefon masing-masing? Mesti best kan? Abang Nara ada jumpa beberapa video di mana pengguna Huawei, Samsung dan iPhone berhujah dengan fakta masing-masing sambil dimoderasikan oleh pelawak terkenal, Jason Leong. Kelakar, penuh informasi dan banyak fakta awesome yang telah dikongsikan menerusi video “World War Phone” yang mempunyai 3 episod ini.

World War Phone Episod 1

Selepas memperkenalkan kipas susah mati Huawei, Samsung dan iPhone, topik yang dibincangkan di dalam episod ini ialah “kamera mana yang paling power”. Korang kena tengok video ini sebab hujah team Huawei kepada tem Samsung iaitu “we deliver the best photo, you guys market it better” amat tepat sekali. Memang Huawei dengan dual kameranya untuk Huawei P9 telah terbukti mempunyai mutu gambar yang lebih baik berbanding para pesaingnya. Ini bukan cakap kosong sebaliknya telah dibuktikan menerusi kajian oleh pakar-pakar di dalam industri telefon pintar.

World War Phone Episod 2

Di dalam episod ini, topik yang dibincangkan ialah sekuriti @ keselamatan telefon pintar anda. Abang Nara pernah kongsikan yang Huawei telah pun mengatasi Samsung di dalam sekuriti “patch” Android. Ini bermakna telefon Huawei secara keseluruhannya adalah lebih selamat berbanding telefon Android lain. Korang kena tengok hujah team iPhone yang cuba memberitahu bahawa telefon mereka adalah yang paling selamat. Kelakar juga melihat “pergaduhan manja” antara Huawei, Samsung dan iPhone ini. Tetapi banyak ilmu, fakta dan perkara baru yang telah Abang Nara pelajari.

World War Phone Episod 3

Last but not least, di dalam episod terakhir World War Phone ini, kipas susah mati Huawei, Samsung dan iPhone telah membincangkan tentang “siapa yang mempunyai user experience” terbaik. Bab ini memang sukar untuk memilih pemenang sebab setiap orang mempunyai pilihan masing-masing. Kalau bab kamera dan sekuriti memang jelas Huawei mendahului, bab user experience ini nampak macam lebih kurang sama. Ia bergantung kepada preference masing-masing. Kalau Abang Nara memang suka yang boleh customize seperti yang boleh dilakukan di telefon pintar Huawei dan Samsung. Senang sikit nak letak segala applikasi kegemaran di satu tempat. Abang Nara juga suka gunakan fungsi “Widgets”. Tak payah nak bukak satu persatu applikasi macam yang perlu dilakukan di dalam iPhone.

 photo 2_5.jpg

Walaupun anda sudah memiliki telefon pintar, Abang Nara nasihatkan silalah tengok ketiga-tiga video di atas. Selain boleh bergelak ketawa mendengar lawak Jason Leong, banyak benda baru yang boleh dipelajari tentang Huawei, Samsung dan juga iPhone. Kita selaku pengguna haruslah menjadi pengguna yang bijak. Jangan main hentam sahaja. At least bila ada ilmu barulah boleh buat pilihan yang tepat ketika membeli. Tak adalah main ikut orang lain je. Tak gitu? Apa pendapat anda?



Comments are closed.

Loading...