Perdana Menteri Umumkan AS$300 Juta Daripada Dana 1MDB Telah Dipulangkan Kepada Malaysia

Trending

Perdana Menteri Umumkan AS$300 Juta Daripada Dana 1MDB Telah Dipulangkan Kepada Malaysia

Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) telah mengembalikan AS$300 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan Malaysia.

Jumlah yang dipulangkan itu adalah dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DoJ) AS. Menurut Perdana Menteri, pemulangan AS$300 juta itu menjadikan jumlah keseluruhan dana yang sudah dipulangkan kepada kerajaan melibatkan nilai AS$620 juta.

Advertisement

Tambahnya lagi, pada 30 Oktober 2019 yang lalu, penjenayah dikehendaki Malaysia iaitu Jho Low, mencapai penyelesaian dengan DoJ berkenaan beberapa tuntutan pelucutan hak yang difailkan oleh jabatan itu terhadap aset yang dibeli Jho Low menggunakan dana 1MDB.

Jumlah AS$300 juta ini merangkumi beberapa aset yang dilucut hak dan dijual, serta aset berkaitan 1MDB yang disita dan diserahkan kembali oleh individu tertentu yang berkait dengan Jho Low.

Pemulangan AS$300 juta ini bermakna dana 1MDB yang dikembalikan kepada Malaysia, sama ada dalam bentuk hasil proses penjualan ataupun aset, secara keseluruhannya kini berjumlah AS$620 juta. Manakala, proses untuk menjual baki aset yang disita daripada Jho Low masih diteruskan atas keputusan penghakiman DOJ.

kenyataan 1MDB

kenyataan 1MDB

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Amerika terutamanya Pihak Kedutaan di Kuala Lumpur, atas bantuan dan kerjasama yang baik dalam melancarkan pemulangan wang berjumlah AS$300 juta itu. Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada Menteri Kewangan Malaysia dan Peguam Negara atas peranan mereka dalam proses rundingan yang berkaitan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...