Perdana Menteri Tegas Bahawa Malaysia Bakal Terus Guna Huawei

Teknologi

Perdana Menteri Tegas Bahawa Malaysia Bakal Terus Guna Huawei

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad tegas dalam pendirian beliau bahawa negara kita akan terus menggunakan teknologi syarikat gergasi China, Huawei.

Ini kerana Amerika Syarikat (AS) perlulah mempunyai sikap berdaya saing secara sihat bukannya seperti Amerika Syarikat (AS) membuat sekatan perdagangan terhadap Huawei termasuk perisian Google Android, perkhidmatan PlayStore dan aplikasi Google lain seperti Gmail, Google Drive dan lain-lain.

Advertisement

Bersempena  dengan Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) 2019 di Hotel Imperial, Jepun, Perdana Menteri menyuarakan pendirian beliau mengenai teknologi Huawei.

Mengapa Malaysia kekal menggunakan teknologi Huawei?

Pasaran di Malaysia terlalu kecil untuk mempunyai kesan terhadap syarikat besar seperti Huawei.

Walaupun timbul dakwaan bahawa teknologi Huawei digunakan untuk pengintipan:

Tun Dr Mahathir persoalkan bahawa “Apa yang nak diintipkan? Malaysia negara terbuka… Kalau ada pihak ingin menyerang (invade), kami tak melawan… buang masa”

Ini bermakna, rakyat Malaysia tetap akan menikmati teknologi 5G yang dibangunkan oleh Huawei dan ia disokong penuh oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun Huawei mendapat tekanan dari Amerika Syarikat.

 Kita tahu Huawei mempunyai kemampuan penyelidikan dan pembangunan yang jauh lebih besar berbanding Malaysia, maka kita akan manfaatkan seberapa banyak teknologi mereka.

AS dan China bersainglah antara satu sama lain kerana adakala China lebih baik, dan adakalanya AS lebih baik.

 Saya sedar Huawei semakin mengatasi perkembangan teknologi AS. Dalam hal ini, AS perlu bersaing, ada kalanya China lebih baik, ada kalanya AS lebih baik.

 

Pendirian perdana menteri kita sangat tegas dalam sesebuah isu, kita patutnya mencotohi sikap beliau.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...