Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dijadualkan berjumpa dengan Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi tadi. Pertemuan itu adalah bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baru kerajaan tahun 2020.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, Perdana Menteri akan berkongsikan senarai Menteri Kabinet Baru 2020 bermula pada jam 5 petang hari ini. Senarai ini hanya akan dikongsikan selepas mendapat perkenan dari Yang Di Pertuan Agong.
Pengumuman senarai Menteri Kabinet Baru 2020 ini bakal menjawab segala teka teki tentang bakal jemaah menteri yang akan menyertai kerajaan. Pada awal bulan lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru dan menamatkan pentadbiran Pakatan Harapan selama 22 bulan.
Baca: Tan Sri Muhyiddin Yassin Selesai Angkat Sumpah, Rasmi Perdana Menteri Ke-8
Senarai Menteri Kabinet 2020
Perdana Menteri – YB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) – YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang) – YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – YB Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) – YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Menteri Kewangan 1 – YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Pertahanan – YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Menteri Dalam Negeri – YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Menteri Pendidikan – YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Menteri Pengajian Tinggi – YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Menteri Pertanian – YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Menteri Sumber Manusia – YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Menteri Wilayah Persekutuan – YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa
Menteri Pengangkutan – YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Menteri Luar Bandar – YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga – YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Menteri Belia Dan Sukan – YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Menteri Komunikasi Dan Multimedia – YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Pengguna – YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri – YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Menteri Kerja Raya – YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof
Menteri Alam Sekitar – YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Menteri Kesihatan – YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba
Menteri Pembangunan Usahawan – YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan – YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli – YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Menteri Luar Negeri – YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi – YB Khairy Jamaluddin
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi – YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Menteri Perpaduan Negara – YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan – YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri