Perdana Menteri Jalani Kuarantin Di Rumah Selama 14 Hari

COVID-19

Perdana Menteri Jalani Kuarantin Di Rumah Selama 14 Hari

Perdan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjalani kuarantin di rumahnya selama 14 hari bermula hari ini.

Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca kabinet telah disahkan positif COVID-19. Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan mesyuarat tersebut di pejabat yang sama pada hari Rabu lalu.

Advertisement

“Perdana Menteri sudah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif.”

Sumber : PMO

Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Muhyiddin tetap perlu menjalani kuarantin di rumahnya. Selain Muhyiddin, semua yang menghadiri mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing.

Turut dimaklumkan bahawa setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Muhyiddin dikatakan akan bertugas dari rumah sepanjang tempoh kuarantin tersebut.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...