Perdana Menteri Interim Tidak Memerlukan Sokongan Majoriti Ahli Dewan Rakyat

Trending

Perdana Menteri Interim Tidak Memerlukan Sokongan Majoriti Ahli Dewan Rakyat

Semalam berita perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan jawatan sebagai Pengerusi Parti Bersatu Pribumi (BERSATU) mengejutkan ramai pihak. Di dalam kekalutan situasi politik kini, buat pertama kalinya Malaysia mempunyai Perdana Menteri Interim di dalam sejarah pentadbiran negara.

Baca: Tun Dr Mahathir Turut Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Bersatu

Advertisement

Peguam Datuk Salehuddin Saidin memberitahu seorang perdana menteri interim hanya menjalankan tugas untuk sementara waktu, tanpa boleh membuat sebarang keputusan membabitkan pentadbiran negara. Perlantikan ini sangat diperlukan untuk menguruskan negara sekiranya sesuatu masalah terjadi.

Sebabnya, kalau tanpa perdana menteri, bayangkan, siapakah yang akan menguruskan andai kata berlaku sesuatu masalah negara, rusuhan, dan sebagainya?

Beliau juga memaklumkan perlantikan ini tidak ada kena mengena dengan sokongan majoriti daripada ahli Dewan Rakyat memandangkan jawatan ini tidak akan dipegang untuk tempoh yang lama.

tun m

Susulan surat perletakan jawatan yang disampaikan kepada Yang Dipertuan Agong semalam, baginda berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Tempoh kritikal

Berdasarkan pandangan penganalisis politik, ini merupakan tempoh kritikal untuk Perdana Menteri Interim bagi mentadbir negara tanpa bantuan daripada Jemaah Menteri. Menurut penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Dr Anuar Shah Bali Mahomed tempoh itu boleh berlanjutan sehingga tiga atau empat hari lagi.

Sementara menunggu semua parti politik mendapatkan sokongan parti lain dan bergabung membentuk pakatan baru, Perdana Menteri Interim akan menjalankan tugasnya. Memandangkan pembentukan kerajaan juga pastinya akan mengambil masa yang agak lama.

Untuk pengetahuan anda, interim bermaksud sementara dari segi bahasa undang-undang. Manakala dari segi Bahasa Melayu, ia bererti tidak rasmi tetapi kalau mengikut perlembagaan jawatan Perdana Menteri interim tidak wujud.

Artikel berkaitan: Tun M Letak Jawatan Kerana Enggan Kerjasama Dengan UMNO – Lim Guan Eng

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...