Perdana Menteri Finland Usulkan Empat Hari Bekerja Dalam Seminggu, Mahu Rakyat Luangkan Masa Bersama Keluarga

Kehidupan

Perdana Menteri Finland Usulkan Empat Hari Bekerja Dalam Seminggu, Mahu Rakyat Luangkan Masa Bersama Keluarga

Baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Finland yang baru, Sanna Marin kini memperkenalkan rancangannya untuk meningkatkan produktiviti rakyat di negara itu. Beliau mengusulkan jadual waktu kerja yang lebih fleksibel melibatkan empat hari bekerja dalam seminggu dan enam jam waktu bekerja sehari.

Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana beberapa negara turut mengambil pendekatan yang sama dengan memendekkan waktu bekerja untuk meningkatkan produktiviti pekerja. Sebelum ini, syarikat Microsoft di Jepun memperkenalkan waktu kerja empat hari dan hasilnya produktiviti meningkat sehingga 40%.

Advertisement

Baca: Microsoft Jepun Lancar Polisi Kerja Empat Hari Seminggu

Semasa beliau berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan Finland lagi, beliau sudah mengusulkan waktu bekerja dipendekkan dan kini rancangannya disambut baik oleh Menteri Pendidikan Finland iaitu Li Andersson.

Saya percaya kita semua berhak untuk meluangkan masa dengan keluarga, orang yang tersayang, hobi dan aspek lain dalam kehidupan. Ini boleh menjadi langkah seterusnya dalam kehidupan bekerja.

sanna marin

Pada tahun 2015, Sweden juga pernah mencuba pendekatan yang sama. Impaknya ialah pekerja lebih gembira, menambahkan pendapatan dan meningkatkan produktiviti.

Kajian memendekkan waktu bekerja

Bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti pekerja tetapi terdapat beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan kesan positif daripada usulan ini. Waktu bekerja yang pendek juga dapat membantu mengurangkan pengeluaran karbon.

Ini kerana rakyat memiliki masa yang lebih untuk masak di rumah dan tidak bergantung untuk membeli makanan yang kemudian menyumbang kepada pembuangan plastik. Walaupun waktu bekerja yang pendek terbukti memberikan kesan yang positif, beberapa pihak tidak bersetuju dengan usulan ini kerana bimbang memberi kerugian kepada syarikat.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...