Perdana Menteri Australia Pertahan Tindakan Najib Umumkan Pesawat Berakhir Di Lautan Hindi

Trending

Perdana Menteri Australia Pertahan Tindakan Najib Umumkan Pesawat Berakhir Di Lautan Hindi

Perdana Menteri Australia, Tony Abbot telah mengesahkan yang semua harapan telah hilang buat penerbangan MH370 Malaysia Airlines dengan mengumumkan yang kesemua ‘bukti’ menunjukkan yang pesawat itu telah terhempas di Lautan Hindi.

Bercakap kepada wartawan dari pengkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Pearce, Utara Perth, Abbot mempertahankankan pengumuman Perdana Menteri Malaysia melalui mesej teks mingu lepas yang 239 orang penumpang dalam pesawat itu terbunuh.

Advertisement

Kata Abbot:-

Bukti terkumpul menunjukkan bahawa pesawat itu telah hilang dan ia hilang di satu lokasi di bahagian selatan Lautan Hindi.

No time limit for the search: Australia's Prime Minister Tony Abbott addresses members of the international forces currently based in Perth searching for Malaysia Airlines flight MH370

Hope has been lost: Tony Abbott defended the Malaysian prime minister's announcement that there was no hope for all on board the missing flight, saying all the evidence pointed to the plane going down in the southern Indian Ocean
Mr Abbott said his main reason for visiting the RAAF base was to thank the personnel who have come to help with the search. He is pictured here shaking hands with China's Air Force Senior Colonel Liu Dianjun, head of China's effort to locate the missing Malaysia Airlines flight MH370

Abbot memberitahu sebab utama beliau melawat pengkalan RAAF ialah untuk mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang terlibat dalam pencarian. Dia digambarkan sedang bersalam dengan Kolonel Kanan Tentera Udara China, Liu Danjun, yang merupakan ketua pasukan pencarian MH370 bagi negara China.

Itu ialah cara pembuktian yang mutlak dan saya fikir Perdana Menteri Najib Razak berhak untuk membuat kesimpulan itu.

Saya fikir apabila kesimpulan telah dicapai maka tugas beliau ialah mengumumkan kesimpulan itu pada orang ramai.

Pengumuman itu dikritik hebat menggu lepas kerana dianggap tidak sensitif dan berbentuk spekulasi kerana bukti yang terhad–dan terutamanya kerana pihak berkuasa masih belum tahu di mana sebenarnya pesawat itu terhempas.

Awal minggu ini Penguasa Keselamatan Maritim Australia telah mengalihkan kawasan pencarian 1, 000 km lebih dekat dengan pantai barat negara itu berdasarkan kepada perkiraan terbaru.

Abbot menambah yang operasi ini ‘sangat sukar’ dan dia tidak akan meletakkan had masa untuk usaha pencarian tersebut.

 Saya fikir kami berhutang kepada keluarga penumpang, kami berhutang kepada semua yang mengembara menggunakan pesawat, kami berhutang kepada kerajaan negara-negara di mana rakyatnya berada dalam pesawat tersebut, dan kami berhutang kepada dunia yang terpaku akibat misteri yang telah berlangsung selama tiga minggu ini.

Kami berhutang kepada semua orang untuk melakukan apa yang munasabah untuk kami lakukan supaya kami terus mencari dan kami akan terus mencari untuk jangka masa yang panjang.

Apa yang benar ialah intensiti dan magnitud operasi pencarian ini semakin besar, bukan semakin kurang.

Sekiranya tidak ada apa-apa yang penting ditemui, dan jelas bahawa tahap itu (di mana kami berhenti mencari) akan tiba tetapi kami tidak bercadang untuk berhenti dalam masa terdekat. Sekiranya misteri ini boleh dirungkaikan, kami akan merungkaikannya.

Perdana Menteri itu juga memberitahu pejabatnya menghubungi Pusat Koordinasi Menyelamat setiap jam dan ‘berbesar hati’ menanggung kos majoriti bagi operasi pencarian.

Ini ialah insiden antarabangsa yang besar dan Australia mempunyai tanggungjawab menerajui operasi pencarian dan menyelamat di dalam zon kami.

Buat masa ini setiap negara yang terlibat menanggung kos sendiri dan jelasnya, kami di Australia akan menanggung kos menguruskan pusat koordinasi.

Kami fikir kos ini munasabah memandangkan pesawat itu hilang dalam zon kami, dan adalah munasabah bagi kami menanggung kos tersebut.

Kami berbesar hati untuk membantu selagi boleh demi negara-negara yang terlibat.

Abbot akan ke Jepun, Korea dan China tidak lama lagi untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negara-negara tersebut di atas sumbangan mereka terhadap pencarian.

Komen ini dibuat sewaktu Australia, Britain dan Amerika Syarikat mendesak untuk menerajui penyiasatan, di tengah-tengah kebimbangan bahawa Malaysia tiada kemampuan melakukan penyiasatan secara sendirian.

Wakil kerajaan Australia berada di Malaysia hujung minggu lepas untuk menyarankan agar kerajaan Malaysia berjanji bahawa apa jua serpihan yang ditemui dalam operasi hendaklah diperiksa di Australia sebelum dibawa ke Malaysia.

Mereka juga meminta pihak berkuasa Malaysia bersetuju yang jika data penerbangan pesawat yang hilang itu dijumpai, kandungannya perlu diperiksa dan dianalisa di Australia oleh pakar Australia, British dan Amerika Syarikat.

Permintaan seperti itu mungkin tidak akan diterima dengan baik oleh Malaysia yang dikritik mengenai cara menangani kehilangan pesawat tersebut, khususnya kerana memberitahu ahli keluarga penumpang pesawat itu tentang tiada peluang bagi penumpang ditemui dalam keadaan terselamat melalui mesej teks.

Di bawah undang-undang penerbangan sivil, Malaysia sebagai negara di mana pesawat yang hilang itu didaftarkan, diberikan tanggungjawab menyiasat.

Laporan asal: Dailymail UK

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...