Susulan rusuhan yang kian memburuk di Bangladesh ketika ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan satu penerbangan khas dibuat untuk menyelamatkan rakyat Malaysia di negara itu.
Menurut laporan, seramai 15 petugas dari Wisma Putra, Jabatan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) mengikuti misi itu.
Penerbangan AirAsia menggunakan pesawat Airbus A330 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2, Sepang pada jam 7.30 pagi ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka jam 9.20 pagi (waktu tempatan).
Kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka, berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu.
Setiausaha Bahagian Asia Selatan dan Asia Tengah Kementerian Luar, Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin yang mengetuai misi itu, berkata, pelajar-pelajar Malaysia telah ditempatkan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sejak semalam.
Tambahnya, misi menyelamat itu telah dirancang lebih awal iaitu pada 12 Julai lalu dan pelaksanaannya pula mengambil masa singkat iaitu kurang 12 jam.
Sebaik sahaja dapat ‘lampu hijau’ daripada Pesuruhjaya Tinggi kita di Bangladesh, kami dapatkan kapal terbang, ada kelewatan sikit sebab kita diminta tunggu untuk pastikan pelajar-pelajar kita sampai di Suruhanjaya Tinggi kita di Dhaka.
[TERKINI] Penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh berlepas dari KLIA 2 pada pukul 7.30 pagi ini.
📸 Izzudin Abd Radzak | BERNAMA#BernamaNews#BernamaImages pic.twitter.com/2lD4cJbrSK
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 22, 2024
Mari kita sama-sama doakan perjalanan dan misi menyelamat ini berjalan dengan lancar dan mereka pulang dengan selamat.