Percutian Tragedi Tetiba Abah Jatuh Sakit, Apabila Buat Tuntutan Insuran Ini Yang Berlaku…

Travel

Percutian Tragedi Tetiba Abah Jatuh Sakit, Apabila Buat Tuntutan Insuran Ini Yang Berlaku…

Kadang-kadang percutian yang telah dirancang tidaklah seindah yang diidamkan oleh kita semua.

Inilah sebuah kisah yang telah dikongsikan di Facebook apabila beliau membawa keluarga bercuti ke Korea bertukar menjadi sebuah tragedi apabila ayah kepada lelaki ini dikatakan sakit dan perlu dibedah segera.

Keadaan menjadi semakin teruk menyebabkan kos perubatan sangat tinggi hingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Advertisement

Dikatakan lelaki ini telah mengambil insuran perjalanan untuk ayahnya tetapi kos rawatan yang terlalu mahal perlu ditanggung dahulu sebelum membuat tuntutan bayaran.

Percutian tragedi

percutiaan bertukar tragedi

A very Good Lesson!

Alhamdulillah. Saya kongsikan pengalaman ini untuk rujukan dan pengetahuan kawan-kawan di media sosial ini. Cerita ini sangat panjang. Perlu sedikit masa untuk anda habiskan.

14/8/2019
Keluarga saya (abah, mak, adik dan husband) empat beranak telah ke Seoul, Korea untuk tujuan bercuti. Tiba di Seoul pada petang hari tersebut. Terus check in dan berehat.

15/8/2019
Mereka bergerak ke Nami Island untuk mulakan percutian mereka. Semuanya nampak indah dan sangat enjoy dengan keindahan negara Korea.

Pada sebelah petang selesai pulang dari Nami Island mereka pulang ke guest house di Itaewon untuk makan dan berehat seketika.

Abah mula sakit tekak

Abah mengadu tekaknya kurang selesa. Sehingga nak telan air pun susah. Suhu badan abah tiba-tiba naik mendadak. Kondisi mula nampak lemah. Katanya tekak sudah rasa kurang selesa sejak tiba di Korea semalam. Tapi sekarang lebih memburuk.

Family members lain cadang membawa abah ke klinik berhampiran. Mereka berjalan kaki mencari klinik terdekat. Rupanya klinik terdekat dengan lokasi mereka hampir 1km. Setibanya di klinik, klinik tersebut pula tutup.

Abah tak dapat bernafas

abah sesak nafas

Abah dah sangat mengah dan bernafas dengan sangat laju. Lalu meminta adik untuk call ambulan dan bawa ke Hospital berhampiran.

Hospital terdekat ialah Soon Chun Hyang University Hospital. Abah di bawa ke sana untuk mendapatkan rawatan dan bantuan oksigen. Adik ipar telah pergi untuk mendaftar abah di kaunter pendaftaran sementara adik stay dengan abah.

Selepas beberapa minit, abah suffocating. Macam tak dapat nak bernafas. Adik bagi tahu pada staff di emergency department mereka. Mereka langsung bawa abah untuk buat emergency treatment. Semua sudah mula panik.

Selepas beberapa ketika. Doktor memberitahu adik yang tekak abah membengkak dengan sangat teruk sehingga menyebabkan throat dia compressed dan sebabkan obstruction dan susah untuk bernafas.

Katanya perlu untuk buat procedure intubate (masukkan tube dari mulut) untuk bantu abah bernafas. Abah perlu di bawa ke ICU untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tapi perlulah membuat pembayaran awal terlebih dahulu baru akan ditolak masuk ke ICU.

Kos pendaftaran hospital RM10,000

kos pendaftaran

Waktu ini berlaku kejutan pertama. Bila mereka memberitahu kos untuk registration dan emergency respond adalah sebanyak 3 juta lebih won atau bersamaan lebih RM10,000. Perlu di selesaikan segera untuk membolehkan abah di bawa ke ICU.

Ok di situ lah bermula penglibatan saya dalam cerita ini. Adik call dan beritahu perlu membuat bayaran segera. Saya yang tengah makan hampir tersembur makanan sebab terkejut dengan kos yang perlu dibayar segera. Selepas itu saya terus memasukkan duit untuk tujuan itu.

Adik bagi tahu yang abah ada ambil ‘TRAVEL INSURANCE‘ daripada AXA insurance. Saya rasa agak lega untuk seketika. Malam itu berlansung dengan keadaan abah di wad ICU.

Bayar dahulu baru insuran cover

kos pendaftaran

16/8/2019
Awal-awal pagi adik telah update yang abah masih belum sedar. Bill hospital pula naik kepada belasan ribu ringgit.

Saya terus hubungi AXA insurance untuk bertanya tentang policy insurance yang abah ambil dan detail detail yang lain.

Pihak insurance confirmkan yang abah memang ada ambil travel insurance dengan mereka dengan coverage sebanyak RM300,000. Saya lega dan bertanyakan procedure untuk pihak insuran cover atau direct deal dengan pihak hospital.

Malangnya, Policy insurance yang abah ambil merupakan ‘PAY & CLAIM’ policy untuk sebarang kes disebabkan Illness. Mereka kata hanya direct cover jika disebabkan sebarang Accident. Jika melibatkan Illness perlu PAY dulu, bila Full medical report dah keluar baru CLAIM.

Hati yang tadinya lega bertukar gundah gulana. Bill sekian meningkat setiap jam. Kondisi abah masih belum sedar. Tidak banyak yang mampu di buat waktu itu.

Ada family members yang memberitahu pihak kedutaan di Seoul tentang kondisi abah. Pihak kedutaan menghantar wakil untuk tengok. Malangnya waktu dia datang tak dibenarkan masuk sebab tiada family members waktu itu di hospital sebab mereka balik ke guest house untuk mandi dan makan.

Bil hospital makin meningkat

bil makin meningkat

17/8/2019
Kondisi abah masih sama. Tapi dah mula sedar sekejap- sekejap. Boleh dengar dan respond dengan angguk jika di tanya. mulut penuh dengan tube.

Bill hospital meningkat RM 2+++ . Adik beritahu yang bill semalaman di ICU dalam 400k Won bersamaan dengan RM1000 lebih. Charge untuk nurse yang menjaga juga sama. belum termasuk charge doktor, doktor pakar yang terlibat dan mesin serta rawatan lain. Secara ringkasnya bill bergerak dengan sangat laju dan tinggi.

Doktor cadang perlu buat CT Scan dan perlu belanja tinggi

Doktor cadang untuk buat CT Scan dan bakal menelan belanja Sebanyak 600k WON bersamaan RM 2+++. Jika tidak dibuat tidak tahu keadaan tekak abah. Kami terpaksa setuju dan mereka membuat procedure tersebut.

Adik call dan beritahu bill perlu di bayar segera untuk teruskan dengan rawatan. Kami yang ada di Malaysia bertungkus lumus mencari wang segera. Mujur ada kawan-kawan dan keluarga terdekat yang banyak membantu. Kami berjaya mendapat duit segera itu dan membuat bayaran.

Aset seperti emas terpaksa dicairkan untuk tampung kos

terpaksa pinjam duit

18/8/2019
Kondisi abah awal pagi ini agak baik.Boleh respond dan menulis tapi masih sangat lemah.

Bill terus meningkat. Abah tulis bertanya tentang insuran dan sebagainya. Kami terpaksa cakap semua sudah diuruskan. Tak nak dia risau. Sedangkan kami di sini yang kerisauan tengok bill macam air yang mengalir deras.

Sebelah petang, abah tiba-tiba demam. Kondisi yang tadinya nampak semakin membaik bertukar memburuk. Adik call dan bagitahu keadaan abah.

Mak yang mula risau call dalam keadaan menangis risau dengan keadaan abah dan kos belanja yang terlalu tinggi. Mana nak cari duit. Terpaksa guna ilmu penenang waktu ini untuk kelihatan cool bagi mengawal keadaan.

Sudah 4 hari 3 malam di ICU. Kos sudah mencecah RM40 ribu. Satu pertumbuhan angka yang sangat drastik lajunya.

Aset mudah cair seperti Emas dan sebagainya terpaksa dicairkan untuk mengimbangi kos yang terpaksa ditanggung. Begitu juga terpaksa meminjam daripada kawan-kawan sebab cash flow sangat laju dan kami perlukan fast cash.

Tanya kenalan doktor dan mereka banyak bantu 

kenalan doktor

Sebelah malam, saya hubungi kawan-kawan yang juga medical doctor untuk bertanya pendapat dan saranan mereka. Alhamdulillah kawan kawan semuanya superb dan banyak membantu.

Salah satu yang di telefon merupakan Dr Riduan, Owner untuk Brand Klinik Anda. Bertanya pendapat dan idea beliau. Akhir sekali terlintas idea untuk membawa dia ke sana untuk melihat dan membantu apa yang patut untuk membawa abah balik ke Malaysia dapat rawatan di sini pula. Mungkin dengan condition yang sedikit stabil dan assist daripada medical doctor mereka boleh pertimbang untuk benarkan kami bawa balik abah ke Malaysia.

Dr Riduan meminta tempoh sehingga besok tengah hari untuk memberi jawapan. Perlu reschedule jadualnya terlebih dahulu.

19/8/2019

Kenalan doktor sanggup membantu terbang ke Korea

Awal-awal pagi dah mula resah. Call agent insurance untuk minta bantuan mungkin boleh diberi satu guarantee letter kepada pihak hospital. Sebab kos upfront sudah sangat tinggi. Wakil stafnya sangat membantu. Cuba untuk mendapatkan persetujuan daripada bosnya.

Mereka hubungi semula dan meminta maaf sebab bos mereka kata tak ada-apa yang boleh di bantu sebab memang dalam policy insurance state ‘PAY&CLAIM’.

Saya dah tak dapat tunggu lebih lama. Adik dan mak di korea call mengharap saya dapat ke sana untuk bantu urusan di sana. Mereka dah tak boleh nak handle dan tahan dengan tekanan di sana.

Saya terus hubungi Dr Riduan untuk jawapan daripada beliau. Alhamdulillah saya terima jawapan yang positif daripada beliau. Setuju untuk terbang ke Korea awal pagi esoknya, jam 1 pagi.

Flight ticket dibeli. Detail persiapan diurus. Sampai sahaja waktu nak check in ticket online. Baru perasan passport saya dah expired.

Terus bergegas ke UTC sentul untuk renew passport. Alhamdulillah proses lancar.

20/8/2019

Hasrat nak bawa abah pulang Malaysia terima rawatan

hasrat bawa ayah pulang ke Malaysia

Awal pagi jam 0.55 kami berangkat terbang ke Seoul Korea. Untuk pertama kalinya saya menjejak kaki ke bumi Korea. Tidak bagi Dr Riduan yang sudah kerap ke sana.

Tiba sahaja kami terus berangkat ke Hospital naik kenderaan yang telah di atur oleh adik ipar Dr Riduan yang memang membuat travel agency di sana dan juga tokey kepada Restaurant Halal Malaysia di Myeong Dong ‘Kampungku’ di sana.

Kami tiba di Hospital jam 11 pagi dan terus berjumpa dengan doktor in charge bertanya tentang kondisi abah dan sebagainya.

Medical Conversation antara Dr di sana dan Dr Riduan berlangsung. Kami melahirkan hasrat untuk membawa abah pulang ke tanah air untuk mendapat rawatan susulan di Malaysia pula.

Mereka kata abah tidak fit untuk fly. Sebab masih intube dan guna oxygen support. Katanya pada peringkat awal paru-paru abah yang juga berjangkit sudah dalam keadaan tidak merisaukan.

Cuma perlu tunggu doktor daripada ENT untuk mengesahkan beberapa perkara. Kami minta untuk berjumpa dengan ENT surgeon tersebut segera.

Tak lama kemudian kami dipanggil oleh ENT surgeon tersebut. Lalu dia menunjukkan video ct scan keadaan tekak abah. Memang jelas nampak sangat bengkak. Jika keluarkan tube itu maka saluran pernafasan abah akan kembali tertutup dan boleh mengancam nyawa.

Kami tetap dengan pendirian nak bawa balik abah. Kemudian Dr ENT tersebut beri cadangan untuk buat procedure tracheostomy (tebuk bahagian tekak dan masukkan tube untuk bypass penafasan) baru boleh dipertimbangkan untuk balik.

Kami bersetuju. Cuma Dr tersebut beri tempoh masa 7 hari selepas minor surgery tersebut untuk discharge, kami bantah dan tetap nak bawa balik sesegera mungkin.

Procedure selamat dilakukan. Abah bernafas melalui tube di tekak. Nampak lebih selesa.

Kos bawa pulang abah RM300,0000

kos bawa ayah jadi stress

Penerbangan MAS beri syarat perlu isi medical form terlebih dahulu dan submit. Mereka akan periksa dan respond dalam 3 hari. Itu terlalu lambat buat kami waktu tu. Tapi kami tetap lengkapkan borang dan minta doktor di hospital untuk isi detail borang tersebut.

Dalam masa yang sama. Oleh sebab ada saranan dari beberapa orang untuk deal dengan flight ambulance. Maka kami cuba dapatkan quotationnya. Kosnya sebanyak 75,000$. Ya 75,000 bukan RM tapi USD bersamaan RM300,000. Memang tak dapat nak guna. Walaupun dalam insurance ada tetapkan limit unlimited untuk bawa pulang ke malaysia. Masalahnya adalah kami kena dahulukan.

Minta pula quotation daripada Company Medivac lain kos jika guna airlines commercial dan dengan assistant mereka. Kosnya hampir RM40,000. Dua-dua idea tersebut gagal dan kami hanya tingal MAS sebagai harapan. AirAsia strictly no to health problem passenger.

Minta abah Tukar wad biasa kos RM 7,000

21/8/2019

minta tukar wad

Tiba di hospital, langkah-langkah untuk discharge mula di lakukan. Pihak Hospital minta pakaian dan lain-lain. Kami terpaksa beritahu yang airlines belum terima dengan condition abah sekarang dan kami sedang buat permohonan.

Kami minta abah ditukar ke wad biasa untuk jimat kos. Rupanya kos untuk wad biasa pun dalam RM7,000 lebih juga sehari.

Mereka uruskan proses untuk pindah dari ICU ke Wad biasa. Tapi perlu tunggu kekosongan katil.

22/8/2019
Pihak Hospital Call dan beritahu abah sudah sedia untuk dipindah ke wad biasa. Kami terus ke hospital untuk urus apa yang patut.

Borang medical form MAS sudah lengkap di isi oleh doktor hospital. Kami scan dan hantar kepada pakcik di Malaysia.

Beliau bergegas ke office MAS untuk hantar borang pada kaunter khidmat medical team mereka. Mereka kata akan usahakan secepat yang boleh. Tapi paling cepat pun mungkin keesokan hari.

Pihak MAS minta sediakan oksigen sendiri

MAS minta sediakan oxygen

23/8/2019
Dalam masa tengah hari sebelum solat Jumaat, pak cik yang menguruskan urusan borang dengan pihak medivac MAS telah beritahu yang mereka dah approved untuk abah terbang pulang. Dengan syarat
—> Perlu provide oxygen support (guna battery)
—> Perlu ada suction machine
—> Dengan medical assistant

Alhamdulillah lega. Pak cik beritahu dia akan ambil flight keesokkan hari. Untuk beri sedikit masa buat persediaan. Tiket flight sudah di booked. Flight confirm keesokan hari pada jam 11. Harga tiket untuk saya dan abah hampir RM5000

Saya dan adik terus ke farmasi dan kedai alatan perubatan di sekitar hospital. Untuk mencari suction machine. Kebanyakan yang ada menggunakan electrical supply. Tapi akhirnya kami jumpa juga dengan yang menggunakan battery tapi perlu di order. Boleh dapat hanya pada sebelah petang. Harga dalam RM3000.

Oxygen machine pula, puas kami round. Memang tak jumpa. Akhirnya ada juga yang boleh dapatkan. Tapi harganya RM10,000 dan memang luar kemampuan waktu itu.

Beritahu pada pakcik, kami dah mula risau sebab oxygen machine belum ada. Flight sudah di booked. Beliau terus beritahu yang pihak MAS ada beri contact vendor yang boleh sewakan machine tersebut. Barulah lega. Sewaan hanya RM1600.

Tapi untuk dibawa ke Seoul. Jika guna pos akan ambil masa 10 hari. Kami sudah tiada masa. Kami lihat flight MAS ke Seoul untuk tumpang hantar machine tersebut disebabkan machine tersebut adalah vendor kepada MAS. Malangnya flight paling cepat ke sana hanya keesokan hari. Yang mana tak akan sempat sampai sebelum flight kami yang sudah di beli.

Terpaksa sewa peranti oksigen

terpaksa sewa peranti oksigen

Akhirnya pihak vendor mencadangkan salah seorang daripada ahli keluarga untuk hantar sendiri machine ke Seoul naik flight lain. Kami terus check flight AA ke seoul. Ada flight paling awal jam 1 pagi. Dan akan tiba di Seoul pada jam 8.35. Tempoh masa yang kami dijangka ada di airport. Terus beli tiket untuk adik perempuan sorang lagi datang untuk hantar machine itu.

Pesediaan rapi dibuat. Ahli keluarga lain pergi urus dan hantar adik ke airport beramai-ramai untuk misi ini. Kerisauan kami sebab jika diikutkan AirAsia tak benarkan membawa device oxygen ini dalam flight mereka. Tapi kami buat rayuan pada ground staff mereka sebab kami tak guna. Hanya bawa dan akan asingkan batterynya dahulu. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Adik dibenarkan masuk.

Di hospital, kami di panggil semula untuk confirmation discharge besok seperti dirancang. Mereka bertanyakan detail dan persediaan kami. Adakah mengikut syarat-syarat yang dah ditetapkan. Saya beritahu satu persatu persediaan kami. Mereka agak lega dan impress dengan persediaan yang telah di buat. Dan benarkan untuk discharge pada jam 9 pagi.

Saya membantah sebab beritahu mereka yang flight sudah di booking pada jam 11 pagi. Kami tak akan sempat ke airport jika dilepaskan jam 9. Alasan mereka kaunter pembayaran dan urusan hanya dibuka jam 8.30 pagi. Kami bantah dan cadang untuk saya dan abah dibiarkan discharge dahulu. Dan segala urusan hospital akan diurus oleh adik dan mak yang masih tinggal sebab flight mereka jam 4 petang.

25/8/2019
Awal pagi jam 7, kami ke hospital dan buat persediaan ke airport. Abah dengan bantuan wheelchair dan portable oxygen. Kami bergerak dengan kenderaan yang sekali lagi dibantu oleh adik Dr Riduan.

Tiba di Airport terus ke kaunter MAS dan beri mereka salinan mediform dan terus beritahu bantuan yang diperlukan. Waktu ini saya ditemani pihak kedutaan Malaysia untuk bantuk urusan urusan di airport.

Adik yang membawa oxsigen machine tiba ke bumi Seoul. kami berjumpa di airport. Proses pasing over dilakukan. Dengan bantuan pihak airport, kedutaan, dan staf MAS, kami di bawa masuk ke dalam dengan menggukan fast lane.

Semua urusan Alhamdulillah lancar. Kami sampai di pintu pesawat betul-betul jam 10.20 pagi. Ngam waktu boarding. Kami diiring masuk terlebih dahulu. Pihak cabin crew MAS yang sudah bersedia terus membantu segala proses.

Pujian patut diberikan kepada semua cabin Crew MAS. Mereka sangat banyak membantu dan sangat cekap mengurus kes-kes seperti ini. You all had my hat off. Superb services.

Oksigen tak mampu tampung perjalanan 6 jam

oksigen tak dapat tampung perjalanan 6 jam

Alhamdulillah kelegaan yang amat sangat bila sudah berada dalam pesawat. Passenger lain pun mula masuk selepas kami selesai urusan dan penerangan dari cabin crew. Cabin crew mengosongkan 2 barisan tempat duduk untuk persediaan jika berlaku kecemasan kesihatan abah.

Cabaran terus menerpa. Battery Oxygen machine yang sepatutnya tahan 8 jam setiap satu. Kami sediakan 3. Malangnya baru terbang 2 jam. kami dah guna battery yang ke 2. Setelah 4 jam lebih perjalanan tinggal battery yang terakhir dengan lifetime kurang separuh (kurang 1 jam mampu bertahan).

Dapat kebenaran guna oksigen kecemasan

pakai oksigen kecemasan dalam kapal terbang

Pergi ke cabin crew untuk bertanya jika boleh guna power supply. Beritahu mereka kami kehabisan battery. Dengan tenang mereka beritahu yang tiada power supply dapat tampung voltage machine tersebut untuk charge. Tapi mereka beri option untuk guna emergency oxygen tank mereka. Perlu kebenaran ketua mereka.

Crew datang semula dan beritahu ketua mereka benarkan dan terus pasangkan oxygen support mereka pada abah. Satu tank tahan dalam 30 mini- 45 minit. 2 tong habis digunakan. Sebelum sambung guna oxygen machine kami sewaktu nak mendarat. Battery tinggal sedikit waktu sampai.

Alhamdulillah, Touch down ke KLIA. Waktu pramugari beritahu ‘We arrived at KLIA, to all malaysian welcome back’ rasa nak menitis air mata.

Passenger lain dibenarkan keluar dulu. Ramai yang sambil jalan keluar beri kata-kata semangat kepada kami. Terharu seketika.

Kami diuruskan untuk keluar. Ambulan dan lift telah bersedia di pintu kecemasan sebelah kanan. Seorang Doktor dan MA telah bersedia. Pegawai imegresen datang ke dalam kapal untuk cop passport. Selesai itu kami dibawa turun dan naik ambulan untuk dibawa ke hospital.

Selesai cerita ini dengan total kerugian di anggar sekitar RM 120,000.

 

Sumber: Facebook

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...