Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi di Facebook tentang rasa kecewa dan tidak puas hati selepas dia dan suami terlepas penerbangan ke Jakarta disebabkan mereka ditahan oleh pihak berkuasa yang bertugas di lapangan terbang sebelum menaiki pesawat.
Menerusi Facebook, wanita bernama Irynn Ching itu menulis tentang kejadian tersebut secara terperinci bermula dari awal pada jam 4 pagi.
Ketika mereka sedang bersedia untuk berjalan masuk ke dalam pesawat pada jam 7.55 pagi, pegawai imigresen telah menahan suaminya dan mendakwa dia mempunyai cukai yang belum diselesaikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Gambar hiasan
Suaminya ketika itu berasa yakin dia tidak mempunyai isu dengan pihak LHDN dan kemudian diberi nombor telefon untuk menghubungi pegawai LHDN.
Kata Irynn suaminya kemudian menghubungi nombor yang diberikan tetapi tidak dijawab dan pegawai imigresen kemudian meminta Irynn dan suami untuk menunggu sementara mereka siasat.
Suami beritahu penerbangan kami jam 8.55 pagi tetapi mereka tetap suruh kami tunggu.
Pada jam 8.45 pagi, mereka memaklumkan suami Irynn tidak mempunyai hutang dengan LHDN dan melepaskan mereka namun ketika itu sudah terlewat dan mereka terlepas penerbangan itu.
Kami berlari macam orang gila tetapi terlepas flight dalam 2, 3 minit.
Nak beli tiket baru, harga tiga kali ganda
Mereka kemudian terpaksa melupakan percutian itu selepas mendapat tahu bahawa harga tiket untuk penerbangan seterusnya bernilai tiga kali ganda untuk pergi dan pulang.
Irynn dan suami kemudian membuat laporan polis di KLIA pada jam 11 pagi kerana inginkan penjelasan mengapa suaminya ditahan dan kemudian dilepaskan dalam tempoh tidak sampai satu jam selepas itu.
Keesokan harinya, suami Irynn telah pergi ke LHDN dan bercakap dengan pegawai yang bertugas dan mereka ambil maklum tentang insiden menimpa mereka.
LHDN memberi jaminan bahawa mereka akan beri kerjasama dalam siasatan ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.