Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Percutian Fattzura Di Koh Samui, Thailand Curi Perhatian Ramai

Bermula dengan bergandingan di dalam drama HSC, kini hubugan Fattah Amin dan Fazura semakin akrab apatah lagi mereka juga hangat dengan gosip cinta. Setelah lama tidak berkongsi sebarang foto di Instagram masing-masing, muat naik terbaru mereka berdua di laman sosial tersebut mencuri tumpuan ramai.

Advertisement

Fattah dan Fazura berkongsi beberapa foto   percutian mereka bersama beberapa lagi rakan di Koh Samui, Thailand. Ia mencuri perhatian netizen yang rata-rata mendoakan agar Fattzura benar-benar bercinta dan berbahagia bersama.

Walaubagaimanapun, masih ada juga perbalahan yang berlaku antara peminat Fattzura dan Lofattah. Ini kerana, Neelofa juga bercuti di lokasi yang sama dan turut berkongsi foto percutiannya di Koh Samui.

Ada pula dakwaan mengatakan, Fattzura dan Neelofa bertolak ke Koh Samui pada hari yang sama tetapi Fattzura membuat keputusan untuk ke Bangkok terlebih dahulu sebelum ke pulau tersebut, selepas mendapat tahu Neelofa turut berada dalam pesawat yang sama dengan mereka.

Eh, kenapa pula? Mungkinkah mereka ingin mengelak daripada berlaku sebarang drama? Apa-apa pun peminat janganlah terus berbalah, apa yang berlaku antara Fattah dan Neelofa dahulu sudah pun berakhir dan kebetulan sahaja mereka bertiga bercuti di lokasi yang sama.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama