Aktiviti berkhemah kini sudah menjadi trend, bagi yang menyukai pemandangan alam semulajadi yang indah, boleh cuba aktiviti berkhemah di Sungai Pauh Campsite yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands.
Kosnya hanya RM 26 untuk sewaan tapak dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Anda perlu membuat booking dahulu secara online.
Syaratnya anda sudah ada khemah sendiri atau boleh sewa dengan Jabatan Perhutanan Pahang.
Menurut Libur.com, di tapak perkhemahan Sungai Pauh Cameron Highlands ini sangat selesa, umpama percutian lima bintang dengan bayaran yang berbaloi dengan suasana yang tenang dan indah.
Jalan masuk ke campsite diiringi dengan pemandangan pokok pines, terasa seperti bercuti di luar negara.
Untuk solat, surau yang bersih ada disediakan, tetapi ramai yang memilih untuk solat di khemah masing-masing. Tandas yang disediakan juga amat bersih.
Di tapak campsite, malam-malam cuaca memang sejuk. Jadi jangan lupa untuk bawa baju yang tebal.
Boleh jalan kaki sahaja dari tapak perkhemahan melalui jambatan gantung kecil untuk ke Opah Strawberry Taman Sedia. Wajib cuba strawberi putih.
Di sana ada juga gerai Nasi Lemak Strawberi dan Nasi Lemak Opah.
Jadi, bagi yang mahu camping disini, boleh lah prepare dari sekarang!