Percutian 3 Sahabat Bertukar Tragedi, Lelaki Ditemui Lemas Di Pantai Batu Layar

Trending

Percutian 3 Sahabat Bertukar Tragedi, Lelaki Ditemui Lemas Di Pantai Batu Layar

Malang tidak berbau, itulah perumpamaan yang dapat menggambarkan kegembiraan tiga sahabat bercuti di Pantai Batu Layar yang akhirnya bertukar tragedi apabila dua daripadanya lemas dalam kejadian hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Penolong Penguasa Bomba Khairul Sufian Dahari berkata, mangsa dikenali sebagai Muhamad Hariz Farhat Omar, 23, ditemui meninggal dunia.

Advertisement

Manakala rakannya, Muhammad Hibatullah Hakim Razak, 23, masih belum dijumpai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kejadian itu pada pukul 10.59 pagi sebelum 19 anggota dari BBP Punggai, BBP Bandar Penawar termasuk anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Skudai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Terdapat dua orang mangsa dipercayai lemas, seorang mangsa telah dijumpai oleh orang awam dicelah batu kira-kira 30 meter daripada pantai”

“Mangsa dipercayai sedang mandi ketika air surut dan telah ditarik arus. Pasukan operasi membuat pencarian seorang lagi mangsa yang masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

mangsa lemas pantai batu layar

Jelasnya, pihak bomba turut membuat rawatan awal (CPR) kepada mangsa lelaki yang dipercayai lemas namun telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi tindakan selanjutnya.

Salam takziah buat keluarga mangsa.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...