November 29th, 2017

Sebelum ini, tersebar khabar bahawa penyanyi Nabilah Razali dan Aedy Ashraf bercinta kerana keduanya dilihat begitu mesra di sebuah restoran dan kemesraan itu dimuat naik pula melalui gambar ke akaun Instagram Nabilah.

Apabila ditanya pemberita, Nabilah memberitahu sedang mengenali hati budi Aedy, dan mereka belum lagi sampai tahap bercinta.

Beberapa hari selepas itu, Nabila memuat baik video ke Instastory menunjukkan dia sedang menangis, seolah-olah kecewa dengan seseorang.

Nabila berkata dalam video itu:

Lelaki ni tak pernah rasa cukupkan?.

Tak kisah lah kita berkoban macam mana pun untuk mereka. Tetap cari yang lain.

Jadi Bila (Nabila Razali) harap korang dah tak tanya apa-apa pasal tu.

Kamu semua pun mesti pernah kena macam ni kan?

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Dalam masa yang sama Aedy memuat naik gambar dirinya sedang berpeluk dengan seorang wanita di Instastory. Ini menyebabkan Netizen menganggap Nabilah kecewa dengan sikap Aedy yang telah curang kepadanya dan dia dikecam kerana dianggap terburu-buru menyimpan perasaan dan terhegeh-hegeh terhadap Aedy yang dikenali dengan badan tegap itu.

Bagaimanapun, sebenarnya, ‘percintaan’ Nabilah dan Aedy sebenarnya hanya lakonan dan merupakan satu gimik untuk memasarkan lagu terbaru Nabilah, ciptaan Hael Husaini, Pematah Hati. Nabilah memberitahu begitu kepada BH Online ketika pelancaran klip video lagu tersebut beberapa jam lepas. Nabilah berkata:

Masing masing ada cara dan gimik tersendiri dalam mempromosikan sesuatu. Tak sangka ‘drama’ saya dan Aedy menjadi.

Pada mulanya, saya tak merancang memuat naik gambar kami berdua. Tapi disebabkan foto itu cantik, saya buat keputusan untuk berkongsinya.

Apabila hype itu menjadi, saya dan Aedy mengikut rentak. Saya tak anggap ia gimik murahan sebaliknya membuka banyak peluang lain termasuk dalam dunia lakonan.

Inilah klip video rasmi lagu tersebut yang turut memaparkan rakaman Aedy menyambut ulangtahun kelahiran Nabilah yang viral sebelum ini.

Apa yang menarik, gambar Nabilah menangis turut menjadi ‘bahan’ di Twitter, namun kini, Nabilahlah yang ketawa di pengakhirannya, kerana anda semua kena game.  Apa pun, ia strategi pemasaran yang berkesan, bukan? – beautifulnara.com


Comments are closed.

Loading...