Percintaan Hanez Suraya & Romie Sudah Berakhir

Hiburan

Percintaan Hanez Suraya & Romie Sudah Berakhir

Akhirnya segala persoalan mengenai hubungan Hanez Suraya dan Romie terjawab jua. Memang ada desas-desus hubungan mereka sudah berakhir, namun tidak ada pengakuan daripada Hanez mahupun Romie mengenai perkara ini. Kali ini, Hanez telah menjelaskan yang dia tidak lagi bersama Romie namun masih berhubung sebagai seorang kawan.
hanez suraya putus cinta romieHanez kini mahu membuka lembaran baru dan meninggalkan segala kontroversi yang telah melanda dirinya sepanjang tahun 2014. Inilah semangat yang kita mahu. Kata Hanez:-

Saya mahu menutup semua cerita yang terjadi beberapa bulan yang lalu dan mahu membuka lembaran baru. Selepas ini kalau boleh saya mahu elak perkara yang boleh mengundang kontroversi. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap hal yang saya lakukan.

Saya anggap hubungan saya dengan dia tak ada jodoh. Tapi hubungan antara kami masih baik, tiada sebarang persengketaan yang terjadi. Saya sudah tidak mahu fikirkan. Jika selepas ini, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Buat masa ini, cukuplah. Saya tidak mahu komen lebih-lebih

Hanez juga telah membuat permintaan maaf kepada semua pihak yang terbabit dalam kontroversinya. Kata Hanez:-

Buat masa sekarang, biar semua benda berlalu dahulu. Saya sendiri dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Apa yang terjadi, cukuplah. Saya sudah terima macam-macam perkara.

Saya mengambil perkara ini secara positif dan saya sudah maafkan semua. Saya terima semua komen dan kritikan yang diberikan. Biar saya buka lembaran baru selepas ini. Bila terhantuk itu membuatkan kita belajar. Sebab itu kesilapan kita, manusia tidak sempurna.

Saya sebagai manusia biasa, saya anggap kesilapan itu membuatkan saya kembali muhasabah diri. Apa yang terjadi betul-betul membuatkan saya belajar

Advertisement

hanez suraya putus cinta romie

Diharap dengan permohonan maaf yang penuh ikhlas ini, semua pihak terutamanya yang terlibat dalam menjayakan drama memaafkan Hanez Suraya. Bagilah peluang kedua kepada Hanez. Dia adalah seorang pelakon hebat. Kesian pula tengok nasib yang menimpa dirinya. Apa kata anda? Patutkan Hanez diberi peluang untuk berlakon semula? Sumber portal GUA.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...