April 24th, 2018

Tidak pernah mendegar sebarang gosip ataupun khabar mereka saling mengenali dan rapat bersama sebelum ini, hubungan cinta pasangan Hafreez Adam dan Zara Zya dipertikai oleh sesetengah mereka. Kata mereka, mungkin ia sekadar gimik untuk drama Mona Lisa lakonan mereka yang sedang ditayangkan.

Namun, Hafreez tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hubungan cinta yang terjalin tulus dari hati.

Tak dinafikan, sebelum ini memang saya elak untuk dikaitkan dengan mana-mana pelakon wanita yang berlakon bersama. Ia disebabkan saya seorang yang kurang gemar bercakap soal berkaitan peribadi seperti cinta termasuk menjadi perhatian.

Namun, Alhamdulillah selama itu juga saya masih berada dalam industri dan diterima baik. Jadi, kenapa sekarang kena buat gosip cinta untuk lariskan drama?

Kenapa baru sekarang? Saya bersikap terbuka sedikit mengenai hubungan dengan Zara kerana sedar penyokong kami nampak ikatan itu terjalin dan ada juga bertanya. Jadi, kami berdua memilih untuk jujur saja. Kepada mereka yang tidak percaya, terpulanglah. Itu hak masing-masing. Cuma, janganlah cakap yang bukan-bukan.

Hafreez meminta agar peminat mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka. Dalam pada itu, Zara Zya turut berharap agar percintaan yang dibina dapat kekalĀ  serta ada jodoh ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : Harian Metro


21 responses to “Percintaan Bersama Zara Zya Bukan Gimik Untuk Lariskan Drama – Hafreez Adam”

  1. Anonymous says:

    Alamak mamat ni tak hensem langsung. Berlakon pun tak best. Sorry hanya sekadar pendapat. Ermm.

  2. Anonymous says:

    Tu la kaan…gigi dia nampak mcm besar, pelik la…lepas dia operate ketumbuhan di tengkuk dia tu kan..dulu comel jer, masa dia berlakon dlm Tuan Anas Mikael..

  3. eyeee says:

    apesal zara zya ni makin pelik je aku tgk muka dia sekarang??

  4. Anonymous says:

    Tapi kenapa shila hamzah nmpk gemok masa majlis reseps iperkahwinannya tu…OMG!!!

  5. Jojo says:

    Lain2 berita setempat…Shila Amzah telah selamat di ijabkabulkan dengan jejaka pilihan nya Haris Edraki Idris. Zara Zya turut hadir dimajlis yang meriah itu.

Loading...