“Perceraian Ketiga? Dia Okey, Jangan Risau” – Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Noor Nabila, Anggap Wanita Kuat

Hiburan

“Perceraian Ketiga? Dia Okey, Jangan Risau” – Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Noor Nabila, Anggap Wanita Kuat

Pelakon Sharnaaz Ahmad ketika satu siaran langsung Instagram berkata bekas isterinya,  Noor Nabila adalah seorang wanita kuat dan mampu menghadapi dugaan bercerai kali ketiga ini.

“Insya-Allah, dia okey, jangan risau”, ujar Sharnaaz ketika mengulas mengenai perceraian Nabila dan Engku Emran.

Advertisement

Dia wanita kuat dan memang kena hadap benda-benda begini, hendak buat macam mana.

Bukannya kita minta, kalau kita minta lainlah. Memang akan ada benda tak kena dalam hidup, jadi kena terima.

Ujarnya lagi, setiap ujian yang dihadapi manusia pasti akan menemui cahaya di kemudian hari.

Dalam pada itu, bintang filem Polis Evo 3 ini juga menasihatkan orang ramai agar tidak campur tangan sehingga menimbulkan fitnah terhadap individu yang terjejas dengan isu ini.

Kadang-kadang sebagai manusia, jangan menyibuk sangat hal orang sebab hal sendiri pun tak tahu apa akan jadi nanti.

Jangan terlalu ‘over’ sibuk pasal hal orang dengan buat andaian. Tuhan pun akan balas semula apa yang kita kutuk orang lain.

Terdahulu, Sharnaaz dan Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2019 sebelum berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden.

Noor Nabila kemudian bernikah dengan usahawan Engku Emran pada Mac 2021 sebelum bercerai pada 25 September 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nabila engku emran bercerai
1 year ago

"Doakan, Saya Reda" - Noor Nabila Dan Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu, Hari Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...