July 11th, 2019

Bila melibatkan soal hati dan perasaan yang dipendam, bukan semua manusia mampu terus bertahan. Walaupun pelbagai usaha sudah dicuba untuk menyelamatkan mahligai yang dibina, akhirnya takdir menentukan jalan perpisahan adalah yang terbaik buat pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim yang sah bercerai talak satu semalam.

Berbicara tentang terlerainya sebuah ikatan, kedua-duanya mengakui masih sayangkan antara satu sama lain.

Menerusi akaun Instagramnya, Fizo berkata perceraian ini bukanlah pengakhiran tetapi permulaan hidup baru buat dirinya dan bekas isteri.

Mereka tetap akan mengekalkan hubungan baik, menjaga anak mereka bersama dan percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan apabila pasangan tersebut tidak memuat naik gambar bersama terutama ketika sambutan Aidilfitri lalu. Mawar dan Fizo juga menyambut hari raya berasingan. Tidak lama selepas itu, Fizo dalam satu kenyataan juga mengakui rumah tangganya dilanda badai dan Mawar pula mengambil langkah untuk mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan permasalahan mereka.


81 responses to “Perceraian Bukan Pengakhiran – Fizo Omar”

  1. LittleMissC*nt says:

    Kelantan? No thank you!

  2. Anonymous says:

    mak & adik beradik fizo terpaksa lah keluar dari banglo mawar tu yer… sila berambus

    patut syukur sedap hidup di tanggung menantu… dah tau bisness fizo xmaju sgt takat cukup mkn jer.. haaa skrg padan muka xdpt nk cucuk2 buruk kan mawar lagi… bole laa mak fizo start gentel kuih tuk jual depan umah sewa yerr… nk balik kelantan dah malu kan.. elok2 dpt tinggal banglo mewah skrg tinggal sewa.. bela lah anak kesayangan anda tuh..

  3. jangan busybody says:

    yang aku heran ni apesal kaya raya duk sekali dengan mertua? tak boleh ka duk asing?paling tidak sebelah2 rumah pun tak pa dah. kalau mertua tak sakit tak keseorangan duk ja la asing. hujung minggu ada masa balik jenguk. apa salahnya. nak berkepit 24jam jangan bagi kawin la.. ditakdirkan masa kenai laki aku dah takdak mak ayah so aku takdak mak ayah mertua. free and easy. itu pun setahun berpuluh kali aku balik kampung mertua aku. tu aku yg marhaen. kalau macam depa ni kaya raya takat nak balik tiap minggu apa la sangat. so mertua bagi la ruang untuk anak menantu tau la anak menantu nak balas jasa tu nanti. dan ipar duai jangan sesekali masuk campur urusan rumah tangga orang. never ever. bini dia pandai masak ka dak ka pemalas ka itu depa punya hal. tak payah komen apa2.

  4. ADMIN says:

    TOLONG RINGKASKAN KOMEN2 ANDA…BANYAK NI AKU KENA KAJI/ STUDY….HAHAHAHAHA

  5. bujang says:

    hangatnya topik fizo-rose ni…byk aku pelajari.

Loading...