Percepat Proses Pembersihan Banjir, PU Abu Sumbang 34,000 Liter Air Bersih Kepada Maahad Tahfiz

Hiburan

Percepat Proses Pembersihan Banjir, PU Abu Sumbang 34,000 Liter Air Bersih Kepada Maahad Tahfiz

Pendakwah media sosial, PU Abu dilaporkan telah menghulurkan sumbangan berupa air bersih sebanyak 34,000 liter bersamaan satu lori tangki kepada Maahad Tahfiz Pondok Bustanul Ariffin yang berlokasi di Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor, baru-baru ini.

Ujar PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, sumbangan air itu digunakan untuk kerja-kerja pembersihan di pusat tahfiz itu yang teruk dilanda banjir pada 18 Disember lalu.

Advertisement

Dia juga turut berada di sana bersama beberapa pasukan badan bukan kerajaan (NGO) lain bagi membantu membersihkan lumpur dan kotoran yang bersisa akibat banjir.

Katanya lagi, sejak dua minggu lalu dia bersama beberapa rakan lain turut turun padang ke beberapa lokasi yang terjejas akibat tragedi itu di sekitar Selangor.

Saya bergerak hampir dua minggu membantu mangsa banjir di beberapa negeri yang terjejas akibat banjir ini. Tapi saya bergerak secara senyap.

Insya-Allah, hujung minggu ini saya nak ke Pahang juga. Ada beberapa lokasi juga sudah dikenalpasti terutama yang terjejas teruk.

Maklum Abu, ada individu yang memberi bantuan sumbangan berupa wang ringgit sebanyak RM200 kepada setiap satu rumah dan akan melaksanakan amanah tersebut dengan baik.

“Selagi ada kudrat dan apa saya boleh bantu, Insya-Allah saya usahakan. Mungkin hari ini nasib mereka, esok lusa kita tak tahu nasib kita macam mana pula kan…” katanya lagi ketika ditemui Harian Metro.

abu
3 years ago

PU Abu Minta Henti Kaitkan Dirinya Dengan Kes Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...