Ramai terkejut selepas penyanyi Shila Amzah mendedahkan telah membuat permohonan cerai terhadap suaminya, Haris Idraki.
Bukan itu saja, Shila yang mesra dipanggil Sha turut memaklumkan telah keluar dari rumahnya di Cyberjaya dan sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung bersama Haris.
Baca: “Sha Dah Fail Cerai Tapi Dia Nak Panjangkan Benda Ni” – Shila Amzah
Terbaru, Shila telah memuat naik entri di Instagram dan berkata dia sememangnya mengutamakan anaknya dalam segala hal.
Anak kepada ND Lala itu juga berkata dia ada caranya yang tersendiri dalam mengendalikan masalah rumah tangga. Permohonan cerai itu adalah jalan terakhir yang diambil olehnya selepas bertahun mencuba.
Please jangan pandang rendah pada Sha cakap Sha tak boleh buat keputusan dan dipengaruhi oleh orang lain.”
Semua orang nak bahagia. Sha pun manusia biasa.”