Percaya Tak, Nama-Nama Utama Di Dunia Selalunya Berakhir Dengan Perkataan “Land”, “Tan” Dan “Ia”

Travel

Percaya Tak, Nama-Nama Utama Di Dunia Selalunya Berakhir Dengan Perkataan “Land”, “Tan” Dan “Ia”

Setiap negara di dunia ini mempunyai nama yang tersendiri yang dianggap sebagai simbol identiti kepada negara tersebut.

Tetapi pernahkah anda semua terfikir mengapa nama negara tersebut dipilih dan apa maksudnya? Rata-rata dari kita pasti tahu bahawa setiap nama yang diberikan pada zaman dahulu mempunyai maksud yang unik.

Nama akhir negara sama

Dipetik dari Kosmo Jurnal, menurut seorang penulis yang tidak menyatakan namanya berkata, lazimnya, nama-nama utama di dunia akan berakhir dengan perkataan land (bahasa Inggeris), tan (bahasa Parsi) dan ia (bahasa Latin). Tiga perkataan berbeza itu, semuanya bermaksud tanah.

Advertisement

Antaranya ialah Scotland (tanah bangsa Scott), England, Thailand, Iceland, Pakistan (tanah suci), Afganistan, Kazakhstan, Algeria (tanah bangsa Algiers), Rusia, India dan Columbia.

Jika begitu adakah anda tahu apa maksud nama negara kita?

pemandangan bendera Malaysia
Nama Malaysia pula ialah gabungan Malays dan ia. Daripada hujah tersebut, barangkali andaian itu ada logiknya kerana Malays-ia bermakna Land Of Malays (tanah bangsa Melayu).

Malaysia bermaksud tanah Melayu

Dari perkongsian dari Facebook The Nusantara, dari maksud nama sesebuah negara kita boleh tahu maksud dan identiti. Jadi jom kita lihat!

Nama Malaysia ini sebenarnya telah digunakan sejak tahun 1800-an lagi dan ianya merujuk kepada Semenanjung Melayu dan kepulauan Melayu.

Kepulauan Melayu merujuk kepada kawasan Sumatra, Tanah Java, Tanah Melayu, Pulau Pinang, Singapura, Kemboja, Siam, Burma, Brunei, Timor dan Filipina. Kepulauan Melayu dikatakan mencecah 2 juta Kilometer persegi dengan lebih daripada 25,000 pulau-pulau didalamnya.

Ini dibuktikan dengan merujuk kepada peta yang dibuat oleh Alexander Keith Johnston F.R.G.S (AK Johnston) pada tahun 1845-an. Beliau memberi tajuk ‘South Eastern Peninsula and Malaysia’ kepada peta tersebut dan dimuatkan didalam bukunya “National Atlas of Historical, Commercial and Political Geography”.

Malaysia juga merujuk kepada kaum Melayu di Kepulauan tersebut yang mempunyai kuasa dominan pada ketika itu dan juga peneroka pertama di tanah melayu. Ini berdasarkan kepada nota didalam peta tersebut; “….the group (the malay peninsula and the malay archipelago ) has been named Malaysia from the Malays who are the dominant race in the archipelago.

Nama rasmi Malaysia digunakan

Bilakah nama Malaysia secara rasminya digunakan? Adakah selepas merdeka atau sebelum? Pada tahun 2009, seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara Sabah, Prof. Madya Mat Zin Mat Kib telah memperbetulkan kenyataan Arkib Negeri Sabah.

Mat Zin berkata, penggunaan nama Malaysia telah mula digunakan sejak tahun 1889-an, bukannya pada tahun 1929-an seperti yang direkodkan oleh Arkib Negeri Sabah. Kenyataan itu adalah bersandarkan sebuah artikel dalam akhbar The British North Borneo Herald bertarikh 1 Januari 1889.

Artikel yang bertajuk Geographical Notes in Malaysia and Asia yang ditulis J.E Tenison Woods memberi maklumat ringkas mengenai catatan perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu pada tahun 1883-an hingga 188an.

Penemuan itu, ujar Mat Zin telah membuktikan nama Malaysia digunakan lebih awal daripada tarikh kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

Ia turut menunjukkan (nama Malaysia) telah digunakan secara meluas oleh orientalis Barat bagi merujuk kawasan Semenanjung Tanah Melayu.

 

Sekiranya kajian Mat Zin diiktiraf, ini menunjukkan nama Malaysia telah digunakan sejak 129 tahun lalu!

 

Ini adalah maksud untuk beberapa negara lain yang kita semua tidak ketahui.

 

Thailand

tanah bebas

England

tanah bangsa angles

Hindustan

sungai Indus dalam bahasa Parsi

Jerman

null

Uzbekistan

bangsa Uzbek dalam bahasa parsi

Scotland

bangsa gaul dalam Latin

New Zealand

laut biru

Indonesia

kepulauaan Indo

Afganistan

bangsa Afgan

Netherland

rendah

Pakistan

tanah suci
 

Sebelum ini, anda rasa mengapa nama-nama negara ini diletakkan? Pasti terfikir-fikirkan.

 

Sumber: Facebook & Kosmo Jurnal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...