Siapa sahaja di sini yang tak suka pergi bercuti ke luar negara. Tetapi nak bercuti ke luar negara memerlukan kita semua mengumpul wang perbelanjaan terlebih dahulu untuk melengkapkan percutian kita. Baru tak sengsara sangat!
Kini anda yang masih lagi berfikir-fikir untuk ke luar negara, apa kata anda ke Raja Ampat, Indonesia.
Dimana, pemerintah Kabupaten Raja Ampat menawarkan syiling emas sebagai pertukaran untuk sampah sarap bagi memastikan kepulauan yang semakin popular sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Indonesia itu kekal bersih.
Inisiatif ini dilakukan bersempena dengan Festival Bahari (Maritime Commemoration) pada 19 hingga 22 Oktober ini.
Jika anda ke sana, anda boleh menukar sampah plastik seberat 15 kilogram dengan 1 gram syiling emas.
Wah, berbaloinya!
Program pertukaran sampah dengan syiling emas itu akan diadakan di Pantai Raja Ampat bagi mendidik masyarakat setempat dan pelancong mengenai kepentingan memulihara alam sekitar.
Siapa sahaja yang tidak teringin ke kepulauan Raja Ampat yang terletak di bahagian barat Provinsi Papua Barat kerana terkenal dengan keindahan batu karang, panorama kepulauan yang memukau dan kini diiktiraf sebagai ‘syurga laut’ tercantik di dunia.
Sempat lagi kalau korang nak beli tiket flight ini!
Sumber: Bernama