Menurut Time Champ, Malaysia berada di tempat keempat tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara daripada segi purata gaji bulanan.
Berdasarkan data yang dilaporkan, Singapura, Thailand dan Brunei berada di kedudukan tiga teratas.
Jauh beza dengan gaji purata negara jiran
Mendahului senarai, Singapura mencatatkan purata gaji bulanan sebanyak SGD8,480 (kira-kira RM29,714) dan untuk pengetahuan semua, ia mengatasi purata global.
Pendapatan luar biasa negara jiran ini turut disumbang oleh ekonomi yang teguh dan kedudukannya yang strategik sebagai hab kewangan global.
Sementara itu, Thailand yang berada di kedudukan kedua mempunyai gaji purata bulanan sebanyak THB97,300 (kira-kira RM12,551).
Ekonomi negara itu merangkumi industri pelancongan, pembuatan dan pertanian yang memberi kesan kepada pendapatan bulanan rakyat Thailand.
Cukup ke gaji minimum di Malaysia?
Di tempat ketiga, Brunei dengan gaji purata bulanan sebanyak BND3,230 (kira-kira RM11,317).
Brunei kaya dengan sumber asli, terutamanya minyak dan gas, kestabilan ekonominya menjadikan persekitaran yang baik untuk kadar gaji yang memberangsangkan.
Malaysia, di tangga keempat dengan purata gaji bulanan sebanyak RM6,610.
Sebelum ini, UNICEF menerusi perbincangan tentang penetapan gaji minimum menegaskan bahawa RM1,500 tidak mencukupi untuk rakyat negara ini.