“Percakapan Itu Satu Doa” – Bella Astillah Takut Gosip Aliff Aziz Curang Bertukar Jadi Doa

Hiburan

“Percakapan Itu Satu Doa” – Bella Astillah Takut Gosip Aliff Aziz Curang Bertukar Jadi Doa

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa bimbang apabila segelintir netizen sering memperkatakan tentang gosip kecurangan suaminya, Aliff Aziz.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun itu, netizen sepatutnya mengeluarkan komen positif dan mendoakan hal yang baik-baik buat dia dan suami.

Advertisement

Malah, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah turut berharap tiada percakapan yang tidak baik diberikan terhadap mereka.

Bila ada orang cakap benda tak baik pasal Aliff, saya takut ia menjadi satu doa sebab percakapan itu satu doa.

Aliff sedang berubah menjadi insan yang lebih baik dan saya juga sama mahu berubah menjadi lebih baik.

Bukan itu sahaja, penyanyi berasal dari Sandakan, Sabah itu menafikan gosip mengenai suaminya yang didakwa berlaku curang terhadap dirinya ketika sedang sibuk menyertai program Famili Duo 2.

Sebagai manusia dah tentu saya terganggu, lebih-lebh lagi saya wanita.

Dalam pada itu, Bella turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah netizen yang memanipulasi video lama dan disebarkan sebagai fitnah.

Saya faham ramai yang prihatin terhadap saya. Tapi bila keluar perkara tak benar di Facebook, saya kecewa.

Jelasnya lagi, dia meluahkan rasa simpati terhadap keluarga terutama ibu bapa mereka kerana ramai yang bertanya pada mereka sama ada cerita itu benar atau tidak.

2 years ago

"Pagi Ni Saya Bangun Dengan Bersemangat" - Puteri Sarah Teruskan Tuntutan Cerai Di Mahkamah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...