Kisah perselisihan antara Kamal Adli, Emma Maembong dan Zahirah Macwilson bagi penulis agak berbelit. Emma mendakwa memutuskan hubungan dengan Kamal Adli kerana lelaki itu menipu, Zahirah mendakwa namanya dipetik oleh Kamal untuk memberi alasan kepada Emma tanpa sebab, sehinggakan didakwa terhegeh-hegeh.
Dalam perkembangan terbaru, Kamal Adli enggan memberi komen berkenaan perbualan WhatsApp yang didedahkan Zahirah semalam kerana menganggap ia hanya mengeruhkan keadaan.
mStar Online melaporkan, Kamal Adli tidak faham tindakan Zahirah kerana salah faham sudah dirungkaikan minggu lepas:
Entahlah saya sudah penat gila, saya malas nak komen dan layan perkara ini kerana ia akan jadi lebih buruk.
Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu.
Dia bagaimanapun mengakui, jika dia memberi komen lanjut hanya akan menampakkan kebodohan mereka bertiga:
Saya tidak tahu mengapa Zahirah bertindak demikian. Tapi biarlah, saya pun sudah penat biar orang ramai menilainya sendiri.
Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja.
Mungkin apa yang dikatakan oleh Kamal Adli itu ada benarnya. Biarkan semuanya sejuk dahulu supaya kenyataan yang diberikan tidak bersulam emosi. Semoga segala kekusutan dapat dileraikan nanti.- beautifulnara.com
“Raja dan Pemaisuri Langkasuka begitu menginginkan anak, hinggakan mereka terpaksa membuat perjanjian dengan Naga Berapi. Tercapaikah hasrat mereka? Apakah perjanjian itu dan apakah yang akan berlaku seterusnya? Jom sama-sama saksikan Panggung Seni Tradisional- Teater Melayu Jikey di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 27 dan 28 Oktober ini, jam 8.30 malam. Tiket berharga RM 20 (biasa) dan RM 50 (premier) boleh anda dapatkan dengan menghubungi 010-3693964 / 019-5635036 #mysenibudaya ”