Perbicaraan Kes Rasuah Zahid Hamidi Hari Ini Ditangguhkan Bagi Membincangkan Barisan Kabinet

Trending

Perbicaraan Kes Rasuah Zahid Hamidi Hari Ini Ditangguhkan Bagi Membincangkan Barisan Kabinet

Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuah dan pecah amanah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Penangguhan satu hari itu dimohon bagi membenarkan beliau membincangkan pelantikan menteri Kabinet bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan oleh peguam Zahid, Hisyam Teh dan Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran. Menurut peguam beliau, kehadirannya diperlukan di dalam perbincangan dengan Perdana Menteri berhubung pembentukan Kabinet.

Advertisement

Bagi pendakwaan yang sepatutnya berlangsung hari ini, pendakwaan mempunyai 5 saksi untuk dipanggil namun akan menyerahkannya kepada mahkamah. Perbicaraan yang bermula sejak 18 November lalu, akan bersambung esok. Setakat ini, seramai 39 orang saksi telah dipanggil.

zahid hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berdepan dengan 47 pertuduhan pecah amanah melibatkan dana Yayasan Akal Budi, pengubahan wang haram serta didakwa menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri sebelum ini. Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 2 Mac untuk perbicaraan semula kes.

Beliau dijangkakan bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan barisan menteri yang akan menyertai kabinet. Pagi tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin melaporkan diri bertugas sebagai Perdana Menteri di pejabat Perdana Menteri.

Artikel berkaitan: Tan Sri Muhyiddin Yassin Mulakan Tugas Sebagai Perdana Menteri Ke-8 Hari Ini

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...