Mahkamah Singapura semalam telah menangguhkan perbicaraan berkenaan kes dadah yang dimiliki oleh pelakon Tony Eusoff kepada 21 April ini.
Tony sebelum ini ditudh memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah dan diheret ke mahkamah Singapura pada 31 Mac lepas.
Pelakon itu dipercayai milik satu peket mengandungi tidak kurang daripada 4.56g bahan sayuran yang telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja. Tony ditahan di balai ketibaan bas penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas, Singapura.
Dalam kenyataan maaf itu, Tony juga memberitahu beliau bersedia akan segala risiko yang dihadapai dan menerima sebarang hukuman jika disabitkan kesalahan.
Tony juga sedar perkara yang beliau lakukan boleh memberikan pengaruh negatif kepada remaja dan menyatakan beliau cuai serta tidak matang dalam berfikir ketika mengambil dadah berkenaan.
Jika didapati bersalah, Tony boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga Singapore Dollar 20,000 atau kedua-duanya.