Perbicaraan 1MDB: Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara, Denda RM11.4 Bilion Terhadap Najib

Berita

Perbicaraan 1MDB: Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara, Denda RM11.4 Bilion Terhadap Najib

Pihak pendakwaan mencadangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat agar menjatuhkan hukuman penjara maksimum sehingga 80 tahun serta denda berjumlah RM11.4 bilion terhadap Najib Tun Razak susulan sabitan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk rasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Cadangan itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib ketika sesi hujahan pemberatan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Najib, 72.

Advertisement

Menurut Ahmad Akram, pihak pendakwaan memohon hukuman penjara 20 tahun bagi setiap pertuduhan, dan tempoh pemenjaraan tersebut perlu berjalan secara berasingan, bukan serentak.

(TERKINI) Najib Razak Didapati Bersalah Pertuduhan Pecah Amanah 1MDB

“Saya mohon mahkamah mengenakan hukuman penjara selama 20 tahun bagi setiap pertuduhan dan tempoh pemenjaraan itu perlu berjalan secara berasingan. Hukuman itu juga perlu bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd di Penjara Kajang,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, cadangan denda RM11.4 bilion dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang yang menetapkan kadar denda sehingga lima kali ganda nilai suapan, selain penalti tambahan yang diperuntukkan di bawah undang-undang berkaitan.

Dalam hujahannya, pihak pendakwaan menyifatkan kes melibatkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu sebagai antara kes jenayah kewangan paling serius dalam sejarah negara.

“Ini merupakan kes kleptokrasi paling teruk dan satu pengkhianatan mutlak terhadap amanah. Tertuduh melakukan kesalahan ketika memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB,” katanya.

Tambahnya, perbuatan tersebut memberi kesan besar kepada kewangan negara apabila liabiliti 1MDB mencecah hampir RM50 bilion, dengan kerajaan terpaksa membayar sekitar RM42 bilion, selain baki hutang tertunggak kira-kira RM13 bilion.

Selain Ahmad Akram, pasukan pendakwaan turut dianggotai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevaharan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.

Prosiding seterusnya menyaksikan pihak pembelaan yang diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membalas hujahan pemberatan tersebut.

Sebelum ini, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) mensabitkan Najib bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk rasuah serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion, yang didakwa berlaku antara tahun 2011 hingga 2014. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-26 15:56:49

(TERKINI) Najib Razak Didapati Bersalah Pertuduhan Pecah Amanah 1MDB

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...