Perbezaan Resume Dan CV Yang Tak Ramai Tahu Hingga Tersalah Guna

Trending

Perbezaan Resume Dan CV Yang Tak Ramai Tahu Hingga Tersalah Guna

Sebelum mencari kerja, antara langkah pertama yang perlu dibuat adalah mengemas kini dokumen yang mengandungi maklumat lengkap berkaitan pengalaman dan kemahiran individu. Mungkin korang pernah dengar sesetengah syarikat nak tengok CV ataupun resume.

Advertisement

Secara faktanya, ramai dikalangan pekerja di luar sana walaupun dah bertahun kerja namun masih ada yang tidak tahu perbezaan antara résumé dan CV. Apatah lagi adik-adik yang baru habis sekolah, kolej atau universiti yang bakal mengenal erti dunia pekerjaan sebenar.

Perkataan “resume” berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud “rumusan/kesimpulan”. CV pula adalah singkatan untuk frasa Latin iaitu curriculum vitae yang bermaksud “jalan hidup seseorang.”

Dari situ kita sebenarnya dah boleh mengagak tentang perbezaan yang dari kedua-dua dokumen ini. Perbezaan yang agak ketara dari segi kepanjangan ayat yang ditulis pada dokumen tersebut.

Perbezaan Resume Dan CV

Kandungan CV lebih terperinci mengandungi maklumat peribadi, latar belakang akademik, kemahiran, penerbitan, projek, anugerah, kajian-kajian dijalankan beserta pengalaman kerja secara terperinci dan panjang.

Biasanya bersesuaian dengan pekerja yang ingin meningkatkan kerjaya dan golongan profesional.

Resume pula mengandungi 1-2 helai muka surat mengenai kemahiran, pengalaman dan latarbelakang pendidikan seseorang.

Lebih ringkas berbanding CV dan kebiasaannya di negara kita, para majikan meminta kita memberikan resume dan bukan CV.

Nak Hantar Resume Atau CV?

Sebenarnya, CV lebih menjadi pilihan untuk permohonan kerja dalam bidang akademik seperti penyelidikan, pendidikan atau memohon biasiswa pengajian.

Berbanding pula dengan resume yang lebih diutamakn selain bidang kerja yang memerlukan CV seperti grafik, pemasaran dan lain-lain.

Tapi tak perlu berasa risau. kebiasaannya bakal majikan pasti menyatakan secara jelas lebih awal mengenai dokumen yang mana satu perlu dihantar sekiranya ingin memohon sesuatu jawatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...