Perbezaan Essence, Serum, Ampoule Bikin Keliru? Ini Rutin Skincare Ideal Buat Anda

Gaya Hidup

Perbezaan Essence, Serum, Ampoule Bikin Keliru? Ini Rutin Skincare Ideal Buat Anda

Seronok betul apabila lihat ramai orang manjakan kulit mereka kan? Pernah tak anda mula nekad untuk belajar menjaga wajah tapi keliru melihat pelbagai produk penjagaan wajah dengan fungsi yang berlainan. Rasa macam nak belajar subjek matematik masa sekolah dahulu, pening!

Bagi sesiapa yang baru sahaja mahu memulakan pengembaraan penjagaan wajah ini, anda sebenarnya perlu melakukan semuanya dengan perlahan satu persatu. Tak boleh main serbu pakai semua, takut merajuk kulit anda. Lagi susah nanti…

Advertisement

Tarik nafas panjang dan kenal pasti dahulu apa masalah paling utama pada wajah anda. Jerawat? Kulit kering? Hyperpigmentasi? Tekstur kulit tak sekata? Apabila dah pilih masalah utama, barulah anda boleh cari produk penjagaan wajah yang bersesuaian untuk ‘tackle’ isu berkenaan.

favful

Makin keliru apabila anda diperkenalkan dengan pelbagai jenis produk seperti toner, essence, ampoule, serum. Whoa.. whoa.. Nampak sama sahaja semua, jadi apa bezanya?

Nah untuk mudahkan anda, ini ialah cadangan rutin yang boleh menjadi panduan buat semua yang baru berjinak dengan produk penjagaan wajah. Ikut sahaja turutan yang disediakan ini, terus ‘petik jari’ kerja anda!

1. Pembersih wajah

Rasanya ini ialah langkah paling asas yang diketahui semua di mana kulit seharusnya dibersihkan daripada sebarang kotoran mahupun solekan selepas seharian. Jadi anda boleh pilih mana-mana produk pembersih yang bersesuaian dengan wajah.

2. Toner

Toner biasanya digunakan sebagai permulaan kepada rutin penjagaan wajah. Teksturnya yang cair membuatkan produk kemudiannya dapat menyerap dengan lebih mudah ke dalam kulit anda.

Cuba di Favful: Mad Hippie Hydrating Nutrient Mist

favful mad hippie hydrating nutrient mist

3. Essence

Essence dan serum secara lahiriahnya mempunyai fungsi yang sama, di mana ia menambahkan lapisan hidrasi kepada kulit. Namun ianya adalah lebih ringan kerana kurang kepekatan.

Cuba di Favful: Huxley Secret Of Sahara Essence; Grab Water

favful huxley essence grab water

4. Serum

Serum biasanya didatangi dalam botol yang lebih kecil kerana teksturnya yang pekat dan tebal. Malah ianya sering memberi fokus kepada beberapa kandungan aktif bagi menangkis masalah kulit yang spesifik.

Cuba di Favful: Revolution Superfruit Extract Antioxidant Serum & Primer

favful revolution superfruit extract antioxidant serum

5. Ampoule

Merupakan satu kelompok keluarga dengan serum dan essence, bezanya ialah ampoule adalah lebih tinggi konsentrasi kandungan aktifnya. Secara normal, ianya digunakan untuk satu tempoh masa sahaja bagi merawat masalah kulit utama seperti kulit kering, penuaan, tompokan gelap atau lain-lain.

Cuba di Favful: Missha Time Revolution Night Repair Probio Ampoule

favful missha time revolution night repair probio ampoule

6. Derma roller

Tips khas untuk anda, gunakan derma roller selepas selesai kesemua langkah di atas ini bagi memastikan kesemua produk yang digunakan akan meresap jauh ke dalam kulit. Panjang jarum yang dicadangkan ialah 0.2 ke 0.5mm dan boleh juga guna ‘rose quartz roller’, baru lebih berkesan!

7. Pelembap

Rutin penjagaan wajah diakhiri dengan pelembap pilihan anda. Tak kisah daripada jenama mana, asalkan anda berpuas hati dengan kandungan dan aplikasinya pada kulit.

Konklusinya, turutan terbaik ialah pembersih wajah > toner atau essence > serum atau ampoule > derma roller dan akhir sekali pelembap.

Di Favful, anda boleh dapatkan kesemua produk yang disenaraikan ini dengan mudah. Bukan sahaja tulen, mereka juga mempunyai pelbagai ‘ready stock lain dan ianya akan dihantar dalam masa 3 hari selepas anda membuat tempahan. Cepat dan efisien kan?

favful ready stock

Bukan sahaja yang dicadangkan ini, malah anda boleh tatal di laman Favful bagi melihat pelbagai lagi pilihan produk penjagaan daripada banyak jenama popular. Memang menjadi pilihan pencinta produk penjagaan wajah di Malaysia!

Berita baik buat anda! Favful menawarkan diskaun 10% dengan menggunakan kod: NARARM10 bagi pembelian kesemua produk ‘ready stock’ kini. Jadi, jangan tunggu lagi dan cepat dapatkan banyak produk idaman anda sekarang juga kerana tawaran ini sah daripada 16 – 18 Julai 2021 sahaja.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh juga kunjungi media sosial mereka seperti Instagram dan Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...