Written by AbangNara | November 19th, 2013

Menarik sungguh artikel yang Abang Nara baca di Facebook sebentar tadi. Rasa rugi tidak berkongsi dengan pembaca BeautifulNara buah fikiran saudara Mizan Hashri ini. Perbandingan antara drama Melayu dan drama Amerika Syarikat sememangnya menunjukkan drama kita masih tidak berkembang.

drama

Berikut Abang Nara kongsikan artikel yang wajar yang difikirkan oleh kita amnya dan penerbit drama Melayu khususnya.

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri.

Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.

Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.

Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)

Sementara itu drama TV Amerika pula:

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.

Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.

Produktivi

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru’ untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.

TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.

Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.

Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?

Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.

Pilihlah sendiri.

@armyzonovic

295 responses to Perbezaan Drama Melayu Dan Drama Amerika Syarikat

  1. mak c kina says:

    sori 2 say…org yg tulis skrip drama melayu ni,sume budak sastera…xbaca buku kimia,bio & yg sewaktu dgnnye…mne la dorg nk buat drama cite doktor,law,engineering sume bagai..so klu penulis skrip kt msia nk buat cite kedoktoran sepenuhnye,dorg kne buat research btl2..xleh ada salah fakta..cite doktor pn setakat lalu/borak depan kaunter pendaftaran,kt bilik doktor…cite lawyer cme kt mahkamah syariah je..xpun kt luar bangunan..sbb tu cite melayu xamik kerjaya yg mcm tu..jd bizman,ceo lg senang…dok opis,sign kertas je..

  2. Faraja says:

    Kasta Rendah jer tak tgk cerita Melayu…

  3. Faraj says:

    Abg aku balik dari Leed University pun tgk cerita melayu.

  4. sambal lesung says:

    drama melayu ni smuanya sampah….

  5. Dora says:

    Yes, I agree with those statements. Memang drama melayu asyik cinta cinta cinta cintaaaa je, lepas tu adalah melawan cenggitu kononnya, tak macam drama amerika, diorang punya semuanya agak ikot logik, kalau drama melayu (and novel melayu) semuanya, ikot cakap je, logik semua tarak, perjalanan dia macam tu je, tak kemana.

    Semua generic. Tak boleh ke, sci-fic romance macam Divergent. Novel melayu sikit-sikit drama and cinta, tapi perjalanan cerita semua hampir sama. Tetiba mengandung lepastu kete tetiba datang,

    lepastu yang miskin kahwin kaya, mesti jalan cerita asyik camtu, macam amende tah,
    pastu pulok dah ahli korporat, tak boleh ke anak tentera ke, polis ke, ini tak kemana.

    Memang industri Malaysia takkan kemana kalau stick only to the same theme, patut cuba genre lain macam sci-fi. Macam KRU cerita dia, Magika, Mehrong Mahawangsa, memang agak tabiklah sebab genre diorang bukannya yang mainstream dekat negara kita.

  6. random says:

    bagi saya ada perbezaan utama antara cerita melayu dan citer omputih, faktornya bergantung kepada penulis (dan director) mereka.

    bila kita tengok House MD, Elementary dan sebagainya, kita boleh nampak bahawa penulis/director cerita ini betul2 berilmu tentang bidang yang luar daripada bidang mereka. Walaupun mereka pejuang seni, tapi mereka juga ada minat terhadap sains, medic, psychology etc.

    Masalah orang kita, mentality. Bila orang kita terperangkap dalam satu bidang, dunia kita di situ je. Bidang lain tak mau pandang dah. Alasannya tak minat. Mungkin sebab di sekolah subjek seperti kimia, fizik, ekonomi semua kurang memberangsangkan? Kurang exposure terhadap sains dan sebagainya?
    Itu masalahnya… kurang minat terhadap bidang yang lain daripada comfort zone.

    Masalah satu lagi kurang research: Kadang2 dalam cerita tu mesti ada doktor, tapi selalunya prosedur bidang perubatan yang ditunjuk dalam cerita melayu ni salah. Bab ahli korporat tu pun sama. Kalau ye pun nak senang buat cerita, lebih baik tulis tentang kehidupan orang yg hidup sederhana.

  7. saiful says:

    SAYA RASA MELUAT SANGAT DAN MARUAH SEORANG LELAKI,KEBANYAKAN DALAM DRAMA SEKARANG INI MENUNJUKAN ORANG LELAKI MELAYU NI SEPERTI TIADA NAFSU DENGAN ISTERI SENDIRI…WALAUPUN KAHWIN PAKSA KE..TIADA CINTA KE…KALAU DAH DUDUK SERUMAH..TU FAHAM2 AJELAH..BIARLAH LOGIK SIKIT JALAN CERITA TU…SAYA DAN ISTERI KAHWIN PUN BUKAN ADA CINTA..PILIHAN KELUARGA..MASING2 DAH ADA CALON SENDIRI SEBELUM KAHWIN…MALAM PERTAMA ON AJE..DAH ADA DEPAN MATA..

  8. catWoman says:

    ermmm betol 110% pe yg di perkatekan oleh writter tu…4 exmple la cite mr arrogant tu mse part zara kat opis balek2 borak cite psl laki die xde plak sibuk buat kje..emosi je bagai..tp da cecah jutaan penonton..haha..kalo cite tgk mlyu je aku tgk kjap je da tau ending die msti sme je….industry kite xsmstinye prlu budget yg ttgi nk buat cite but de most imprtant is quality n knwledge kte ttg ape yg ingin kte tontonkan pde msyarkat…budget ciput pun kalo jln cite best msti owg tgk punye…

  9. maya says:

    Saya setuju 70% dgn artikel y d keluarkan. Tp to be able to create a great drama mestilah ada great skrip. Mungkin skrip writer perlu usaha lebih sikit untuk keluarkan sentimen cinta sebagai destini utama. Produser jg perlu berani mengambil risiko dari keluar dr kepompong selesa utk drama y hanya memberi pulangan modal sahaja. Just opinion.

  10. Han2 says:

    Sebenarnya kebanyakan cerita Melayu adalah cerita seks ataupun seksual. Cuma babak foreplay dan kemuncak seksnya tak ditunjuk (copulation). Berbeza dengan kebanyakan cerita Hollywood, seks tu hanyalah penyedap. Bukan tidak ada cerita seks daripada Hollywood cuma mereka lebih banyak kepelbagaian daripada kita. Mungkin kebanyakan penonton tempatan bersifat “sexually repressed” secara tidak sedar perlu memuaskan tuntutan terpendam. Hahaha.

  11. Habibah Jaffar says:

    Salam. Saya sangat setuju dengan apa yang Nara tulis. Malaysia jauh ketinggalan dalam semua segi kira2 10 atau 20 tahun dibelakang dari negara2 yang “developed”. Pemikiran orang Melayu seharusnya terbuka – I’m not saying all Malays but most Malays should get themselves exposed! Terutama sekali hapuskan perasaan dengki mendengki antara kita sesama Islam. Anyway, it is high time that the film and tv industry in Malaysia change for the better. We should divert to the real story – Life stories – tentang KEHIDUPAN like health, sickness, economy, living, love for the country, human aspects of things – bukan hanya tentang cinta dan emosi semata.

  12. benci mamat poyo says:

    well..aku try to sokong local productions on films n drama..tapi mcm dah tak tau nak sokong camne..asik2 tema yg sama..mmg dah market/selera most of msians camni kut…kesian pon ader..nak sokongan segala bagai..tapi balik2 bende yg sama..ermm..

  13. Anti drama melayu says:

    Drama melayu ni kalo nak tunjuk jahat kena muka berkerut2. Atau yg perempuan jahat kena buat muka galak, orng jahat kena ketaw kuat kuat kmdn ckp”akulah orng jahat”.tak ada teladan ajar ank lelaki bantu kerja rumah atau suami bantu isteri.perempuan g disko perempuan jahat, lelaki bileh pergi kmdn dpt isteri baik. Artis perempuan tak menghayati watak dr emasi dan luaran, nak buat mcm betty, hodoh kmdn cantik, tapi masa hodoh make up tebal, kening cukur, rambut dye. Tak ada beza slps konon kata dah transform cuma pakai skirt dan baju elok je.sampai bila nak sogok pemikiran penonton Melayu dgn benda yg 1% je berlaku dlm masyarakat.fokus isu yg semasa.tapi bukan cerita kawin lebih.tolong lah jgn nak sogok masyarakat dgn emosi lagi

  14. YAYA says:

    Hehe.. cerita melayu ni orang jahat kalau tak mati mesti jadi gila.. heroin pulak innocent sangat tahap mengarut.. tak habis2 menangis.. hero pulak bodoh sangat dah kawin tak nak sentuh isteri tapi belum kawin boleh plak peluk2.. Aku lagi teruk sebab layan jugak cerita2 mengarut tu.. HUH!!!!

  15. I’m amazed, I have to admit. Rarely ddo I encounter a
    blog that’s both educative andd entertaining, and let me tell you, you have
    hit the nail on the head. The problem is aan issue that not enough men and women are spesaking intelligently about.
    I’m very happy I came aacross this in my hunt foor something concerning this.

  16. dramalovers says:

    saya suka tengok cerita macam sherlock, csi, hawaii five-o and yang seangkatan dengannya.. sebab diorang still ada cintan cintun, tapi lagi suka sebab banyak suprise and tak expect pun benda tu sebenarnya macam tu.. mohon pengarah buat la drama2 mcm ni.. siapa kata budak2 sekolah tak suka tengok cerita yang korang kata berat.. ada je.. cuma skrip tu biar cantik sikit..

    sorry just an honest opinion.. jgn marah =)